Sistem D-Media hab infirmasi digital

PUTRAJAYA 15 Dis. – Jabatan Penerangan (Japen) melancarkan Sistem D-Media yang berperanan sebagai hab tunggal informasi digital mesra pengguna, interaktif dan terkini kepada pengamal media di negara.

Menurut Japen, sistem yang dilancarkan Isnin lalu itu meliputi penyampaian maklumat digital sepenuhnya kepada pihak media.

Penyampaian berkenaan, termasuk Nota Kepada Pengarang, Siaran Media, Kenyataan Media dan Pusat Media yang dimuat naik kementerian, jabatan atau agensi kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, sistem D-Media boleh diakses pengamal media dan orang awam melalui pautan https://dmedia.penerangan.gov.my/.

Menurut kenyataan Japen, pembangunan sistem ini selari dengan perkembangan kemajuan komunikasi digital, seterusnya sebagai kemudahan kepada pengamal media dalam menerima maklumat dengan lebih pantas dan semasa.

“Ini adalah perkhidmatan penyampaian maklumat ditawarkan JAPEN dengan kerjasama kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi memudahkan pengurusan makluman media seluruh negara,” kata kenyataan itu..

Related posts

Leave a Comment