Saifuddin ulangi pendirian SOSMA

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya berhubung keperluan pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Katanya, peruntukan itu akan membolehkan pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah terancang, terutama membabitkan tangkapan ahli sindiket terbabit dalam jumlah yang ramai. Beliau turut mengakui pelaksanaan SOSMA adalah lebih baik, berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat kerana ia membenarkan prosedur perundangan dibuat susulan penangkapan suspek kes terbabit. “Perkara penting untuk dijadikan ukuran adalah prinsip keadilan sejagat. Individu ditahan, dinyatakan pertuduhan ke atasnya, diadili di hadapan hakim…

Read More

SOSMA: Pendirian menteri bercanggah

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo, meminta Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mempertimbangkan semula pendiriannya mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Beliau yang menyifatkan pendirian menteri itu bercanggah dengan pendirian Pakatan Harapan (PH), berkata semakan semula bagi membuat beberapa perubahan ke atas SOSMA, perlu dilakukan. Katanya, PH sebelum ini berpendirian penguatkuasaan SOSMA bermasalah selain bersifat menindas, biarpun mengakui terdapat keperluan perundangan bagi mengatasi sebarang isu berbangkit membabitkan keselamatan negara. Menerusi hantaran melalui Facebooknya, beliau berkata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Oktober 2019…

Read More

Agong kunjungi Emir Qatar

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Doha, Qatar semalam. Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sheikh Tamim dan kerajaan Qatar, sebagai tuan rumah, atas kejayaan menganjur dan mengendalikan temasya Piala Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak (FIFA) Qatar 2022. Menurut kenyataan Istana Negara hari ini, kedua-dua pemimpin turut menyentuh berkenaan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Qatar, dan…

Read More

Tarif elektrik rakyat kekal

PUTRAJAYA 14 Dis. – Kerajaan memberi jaminan tidak akan membebankan rakyat dengan menaikkan tarif elektrik walaupun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 bilion, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Dalam sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini, Anwar berkata, tarif elektrik bagaimanapun akan dinaikkan sedikit bagi kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara. Butiran tentang kenaikan tarif itu akan diumumkan Menteri Sumber dan Tenaga Asli, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam masa terdekat. “Berdasarkan laporan NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) semalam, kita memutuskan supaya cadangan…

Read More

Agong tolak gaji sejak Covid-19

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terlebih dahulu tidak mengambil gaji iaitu sejak Covid-19 melanda negara. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata ini kerana Seri Paduka cakna dengan keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat. “Saya nak maklumkan bahawa Tuanku Agong telah menolak gaji sejak Covid-19, lebih awal daripada saya. Baginda tidak menerima sebarang gaji oleh kerajaan sejak Covid-19. “Saya ingat, eloklah kita beri penjelasan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini. Untuk rekod Kabinet Muhyiddin Yassin juga mengambil pendekatan sama, dengan…

Read More

Saranan pakai semula pelitup muka

NEW YORK: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS)  mengeluarkan nasihat pemakaian pelitup muka secara berperingkat, berdasarkan tahap Covid-19 dalam komuniti membabitkan kriteria berkaitan virus seperti kemasukan ke hospital, kapasiti katil dan kadar kes. Menurut laporan media, Pengarah CDC, Rochelle Walensky, dipetik sebagai berkata semua pihak tidak perlu menunggu saranan CDC untuk memakai pelitup muka. Ini berikutan berlaku penularan ‘tripledemic’ yang merujuk penularan tiga virus iaitu coronavirus, influenza dan syncytial pernafasan atau RSV, membabitkan beberapa bandar dan daerah termasuk New York serta Los Angeles. Situasi itu mendorong orang…

Read More

10 Exco Pahang terima portfolio

KUANTAN 14 Dis. – Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail akan memegang portfolio Perancangan, Kewangan, Tanah, Sumber Asli, Tenaga dan Air serta portfolio Pembangunan Ekonomi, Perladangan dan Komoditi. Beliau yang mengumumkan portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)  hari ini berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak memegang portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan. Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga ADUN Kerdau memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam,Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli. ADUN Bebar, Datuk Mohammad…

Read More

Kes harian Covid-19 meningkat semula

PUTRAJAYA 13 Dis. – Selepas menunjukkan penurunan di bawah 1,000 kes iaitu 809 kelmarin (Isnin), jumlah kes jangkitan harian Covid-19 meningkat semula semalam kepada 1,040 termasuk dua kes import. Menurut data portal KKMNOW, dengan peningkatan itu jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,012,483 iaitu 4,974,004 kes tempatan dan 38,479 kes import. Kes kematian harian juga meningkat iaitu sembilan termasuk tiga berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) berbanding enam meninggal dunia kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 36,778 termasuk 7,836 BID. Sebanyak 425 kes aktif dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 17,547 dan daripada jumlah…

Read More

Argentina jumpa Perancis atau Maghribi?

LUSAIL: Argentina bakal berdepan Perancis atau Maghribi dalam perlawanan akhir pada Ahad selepas mengatasi cabaran Croatia awal pagi ini dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia 2022. Dua gol yang dijaringkan penyerang Julian Alvarez dan satu sepakan penalti sumbangan Lionel Messi memberikan kemenangan 3-0 kepada Argentina ke atas Croatia. Messi meledak gol pertama Argentina menerusi sepakan penalti pada minit ke-34 selepas penjaga gol Dominik Livakovic menjatuhkan Alvarez. Lima minit kemudian penyerang Manchester City itu menjaringkan gol kedua Argentina. Croatia cuba kembali garang pada babak kedua namun semua cubaannya gagal melepasi…

Read More