Saranan pakai semula pelitup muka

NEW YORK: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS)  mengeluarkan nasihat pemakaian pelitup muka secara berperingkat, berdasarkan tahap Covid-19 dalam komuniti membabitkan kriteria berkaitan virus seperti kemasukan ke hospital, kapasiti katil dan kadar kes.

Menurut laporan media, Pengarah CDC, Rochelle Walensky, dipetik sebagai berkata semua pihak tidak perlu menunggu saranan CDC untuk memakai pelitup muka.

Ini berikutan berlaku penularan ‘tripledemic’ yang merujuk penularan tiga virus iaitu coronavirus, influenza dan syncytial pernafasan atau RSV, membabitkan beberapa bandar dan daerah termasuk New York serta Los Angeles.

Situasi itu mendorong orang ramai di kawasan berkenaan untuk membiasakan semula pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup awam.

Berdasarkan keadaan di seluruh negara lebih dua minggu lalu, kadar kes Covid-19 meningkat sehingga 56 peratus, manakala kadar kemasukan ke hospital meningkat sehingga 24 peratus.

Berdasarkan keadaan di seluruh negara lebih dua minggu lalu, kadar kes COVID-19 meningkat sehingga 56 peratus, manakala kadar kemasukan ke hospital meningkat sehingga 24 peratus.

Sehubungan itu, CDC AS menganggarkan terdapat 13 juta penyakit dan 7,300 kematian akibat flu pada musim kali ini dan jumlah itu dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang.

Sepanjang dekad lalu, kematian tahunan disebabkan flu sekitar 12,000 hingga 52,000 orang dan waktu kemuncaknya pada Januari serta Februari.

Related posts

Leave a Comment