Argentina jumpa Perancis atau Maghribi?

LUSAIL: Argentina bakal berdepan Perancis atau Maghribi dalam perlawanan akhir pada Ahad selepas mengatasi cabaran Croatia awal pagi ini dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia 2022.

Dua gol yang dijaringkan penyerang Julian Alvarez dan satu sepakan penalti sumbangan Lionel Messi memberikan kemenangan 3-0 kepada Argentina ke atas Croatia.

Messi meledak gol pertama Argentina menerusi sepakan penalti pada minit ke-34 selepas penjaga gol Dominik Livakovic menjatuhkan Alvarez.

Lima minit kemudian penyerang Manchester City itu menjaringkan gol kedua Argentina.

Croatia cuba kembali garang pada babak kedua namun semua cubaannya gagal melepasi barisan pertahanan Argentina.

Messi kembali bertenaga untuk menguasai perlawanan dan membantu Alvarez menyumbat gol ketiga pasukan pada minit ke-69 seterusnya memastikan Argentina mara ke perlawanan akhir.

Related posts

Leave a Comment