94% katil ICU Kelantan diisi

PUTRAJAYA 27 Feb. – Penggunaan katil bagi kes kritikal Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) di Kelantan terus meningkat kepada 94 peratus berbanding 92 peratus semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sebanyak 36 katil diperuntukkan bagi pesakit di ICU dan daripada jumlah itu 34 daripadanya sudah diisi.

Empat negeri lagi turut menunjukkan pengisian melebihi 50 peratus iaitu Melaka 71 peratus, Johor (67 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus) dan Putrajaya (50 peratus).

Bagi penggunaan katil bukan ICU pula, Kelantan kekal mencatatkan peratusan tertinggi dengan penggunaan katil melebihi 113 peratus iaitu sebanyak 439 katil diperuntukkan namun sudah menggunakan sebanyak 494 katil.

Ini diikuti Selangor 104 peratus, Putrajaya (99 peratus), Kuala Lumpur (90 peratus), Perak (88 peratus), Perlis (75 peratus), Pahang (71 peratus), Johor (69 peratus), Sabah (64 peratus),Terengganu (61 peratus), Sarawak (59 peratus) dan Pulau Pinang (59 peratus).

Bagi penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hanya Melaka menunjukkan pengisian melebihi 50 peratus iaitu sebanyak 58 peratus.

Bagi pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, ia meningkat kepada 203 pesakit atau tujuh peratus, jumlah keseluruhan peratusan penggunaan alat bantuan pernafasan kini adalah 35 peratus, ia termasuk untuk pesakit dan bukan pesakit Covid-19.

Related posts

Leave a Comment