Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dibersarakan

PUTRAJAYA 12 Dis. –  Perkhidmatan Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan berkuat kuasa hari ini. Perkara itu dimaklumkan dalam satu surat kepada Mohd. Shafiq yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali bertarikh 1 Disember lalu. Surat berkenaan menyebut sedemikian atas perkara Penamatan Demi Kepentingan Awam Di Bawah Peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] Dan Dibersarakan Mengikut Perenggan 10(5)(D) Akta Pencen 1980 [Akta 277]. Surat itu turut memberitahu penamatan Mohd Shafiq sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred…

Read More

Lebih 4 juta visa umrah dikeluarkan

MAKKAH: Lebih empat juta visa umrah dikeluarkan kepada jemaah dari seluruh dunia dalam tempoh lima bulan, sejak awal musim umrah bagi tahun 1444 Hijrah, demikian menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Pengeluaran visa dengan kerjasama beberapa sektor lain memudahkan ketibaan jemaah, menerusi imbasan biometrik e-Visa melalui laman sesawang Kementerian Haji dan Umrah serta platform ‘NUSUK’, serta penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi membolehkan ibadah dilaksanakan secara mudah dan tenang. Menurut Agensi Berita Saudi (SPA). umat Islam yang mendapat semua jenis visa (peribadi, lawatan dan pelancongan) termasuk jenis lain yang membenarkan…

Read More

Agong terima menghadap Ramos Horta

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menerima menghadap Presiden Timor-Leste, Dr José Ramos-Horta di Istana Negara, di sini, sempena lawatan khas pemimpin itu ke Malaysia. Menurut catatan Facebook Istana Negara, dalam sesi yang berlangsung selama 30 minit bermula 3 petang itu, Al-Sultan Abdullah dan Ramos-Horta menyentuh berkenaan hubungan dua hala serta beberapa isu membabitkan kepentingan bersama Malaysia dan Timor-Leste. “Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar hubungan dua hala antara kedua-dua negara dapat dipertingkat dalam pelbagai aspek, demi kepentingan bersama,”…

Read More

Dua keahlian Bersatu, serta GRS

KOTA KINABALU 12 Dis. –  Empat Ahli Parlimen yang meninggalkan Bersatu sehingga mencetuskan kontroversi lompat parti mendakwa mereka adalah ahli secara individu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), selain mempunyai keahlian dalam Bersatu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Armizan Mohd Ali mendakwa, beliau sebagai Ahli Parlimen Papar memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket GRS, menjadi ahli secara individu dalam GRS dan Bersatu. Beliau yang mewakili rakan-rakan lain berkata, perlembagaan GRS menyatakan, keahlian yang diterima dalam gabungan itu bukan saja daripada parti atau persatuan,…

Read More

Anwar terima kunjungan Ramos-Horta

PUTRAJAYA 12 Dis. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerima kunjungan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr Jose Ramos-Horta di Seri Perdana, hari ini? Melalui pertemuan tersebut, Anwar berkata kedua-dua negara berupaya menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor-Leste serta meneroka ruang kerjasama baharu. Anwar menerusi status dimuat naik di laman Facebooknya berkata,,Malaysia juga akan terus memberi dukungan kepada negara tersebut dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi. Malaysia turut mengesahkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN mengenai pelan hala tuju keanggotaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN. “Semoga hubungan antara…

Read More

Kes baharu Covid-19 ME 49 turun

PUTRAJAYA 12 Dis. – Jumlah kes baharu Covid-19 pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-49 tahun ini menurun 24.9 peratus iaitu daripada 14,558 kes kepada 10,937 kes bagi tempoh 4 hingga 10 Disember. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu kes tempatan berkurangan 24.9 peratus kepada 10,923 kes berbanding 14,543 kes dan kes import turun daripada 15 kes kepada 14 kes. Manakala bilangan kes kematian pada ME ke-49 menurun 30.6 peratus daripada 62 kes kepada 43 kes sementara nilai RT pada minggu berkenaan adalah 0.86 bagi seluruh negara.…

Read More

Tunggu laporan Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said menegaskan pihaknya perlu menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Peguam Negara berhubung status empat Ahli Parlimen Bersatu Sabah yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini. Beliau berkata, ini kerana keputusan muktamad mengenai perkara itu terletak kepada Speaker Dewan Rakyat berdasarkan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. “Saya (perlu) tunggu laporan rasmi dan pandangan undang-undang daripada Jabatan Peguam Negara. Kedua, saya rasa dalam Perkara 49A (Perlembagaan Persekutuan), keputusan muktamad adalah terletak kepada Speaker dalam masa 21 hari selepas…

Read More

4 ahli Parlimen perlu kosong kerusi

SEPANG 12 Dis. – Empat Ahli Parlimen Bersatu Sabah yang mengumumkan keluar parti itu, mesti mengosongkan kerusi masing-masing, jika peletakan jawatan mereka diterima, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Dr Wan Junaidi yang terbabit dalam penggubalan undang-undang anti-lompat parti, menegaskan pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan di kawasan Parlimen terbabit yang melibatkan Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang). Memetik laporan portal FMT, beliau berkata, tidak penting sama ada empat Ahli Parlimen…

Read More

PH jelajah enam negeri hadapi PRN

ALOR GAJAH 12 Dis. – Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan jelajah ke enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula bulan depan, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu amat penting sebagai usaha untuk meyakinkan pengundi di negeri berkenaan untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Menerusi perbincangan saya dengan Timbalan Presiden PRK, Rafizi Ramli baru-baru ini, selain menjalankan tugas hakiki sebagai anggota Kabinet, kami juga menggalas tugas penting dengan mengadakan persiapan PKR…

Read More