Anwar terima kunjungan Ramos-Horta

PUTRAJAYA 12 Dis. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerima kunjungan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr Jose Ramos-Horta di Seri Perdana, hari ini?

Melalui pertemuan tersebut, Anwar berkata kedua-dua negara berupaya menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor-Leste serta meneroka ruang kerjasama baharu.

Anwar menerusi status dimuat naik di laman Facebooknya berkata,,Malaysia juga akan terus memberi dukungan kepada negara tersebut dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi.

Malaysia turut mengesahkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN mengenai pelan hala tuju keanggotaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN.

“Semoga hubungan antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh menerusi pelbagai lapangan kerjasama,” katanya.

Related posts

Leave a Comment