Muafakat Nasional mula buka keahlian

SEPANG 10 Dis. – Permohonan keahlian Muafakat Nasional (MN), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang digerakkan oleh Annuar Musa dibuka lebih awal mulai malam ini dengan mengemukakan permohonan secara atas talian (online). Melalui Facebooknya, Annuar sebagai Presiden MN berkata, permohonan itu sepatutnya bermula minggu hadapan tetapi atas atas permohonan ramai, pendaftaran keahlian secara online itu diawalkan. Melalui Minda Presiden, Annuar menjelaskan MN ditubuhkan sebagai platform untuk melaksanakan program dan aktiviti kearah memupuk nilai muafakat, mewujudkan keterangkuman tanpa bersifat perkauman, mempromosikan perpaduan ummah dan menjunjung keutuhan sistem politik negara yang lebih…

Read More

Ronald Kiandee mahu bina semula Bersatu

KOTA KINABALU 10 Dis. – Naib Presiden Bersatu,  Dr. Ronald Kiandee menegaskan beliau masih kekal dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan membina semula parti itu di Sabah. Ahli Parlimen Beluran, itu berkata, tindakan kepemimpinan dan Ketua Pimpinan Bersatu, Hajiji Noor itu yang mengisytiharkan keluar Bersatu tidak ‘melumpuhkan’ parti tersebut di Sabah. Sebaliknya kata beliau Bersatu masih mampu mengekalkan sokongan akar umbi kerana tindakan pimpinan tidak mendapat restu daripada ahli manakala ada beberapa ketua bahagian berbelah bahagi mengenai keputusan itu. “Mereka (pimpinan) boleh menyatakan sebab mengenai keputusan (keluar parti) itu…

Read More

“Tidak sempat mati kena tanam”

KOTA BHARU 10 Dis. – Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Annuar Musa mendedahkan, beliau hanya mengetahui dirinya dipecat sebagai ahli UMNO menerusi media sosial ketika berada di pejabat, kira-kira pukul 11 malam kelmarin. Katanya, pada masa yang sama, beliau juga disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp Ketua Badan Perhubungan. “Sehingga kini, saya masih tidak menerima surat rasmi berhubung pemecatan itu. Saya tidak tahu kenapa dibuang daripada UMNO kerana tidak mempunyai salah apa-apa. Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang (Akbar Salim) tahu awal dan saya juga dibuang terus daripada kumpulan WhatsApp Ketua Badan Perhubungan.…

Read More

Parti baharu ganti Bersatu Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU 10 Dis. – Sebuah parti tempatan baharu akan ditubuhkan berikutan pengumuman pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah termasuk semua wakil rakyatnya keluar daripada parti itu. Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata untuk sementara waktu ini, mereka secara kolektif akan menjadi ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah. Beliau berkata, kerajaan negeri yang ditunjangi GRS – Barisan Nasional (GRS-BN) juga mengambil kira nasihat Yang…

Read More

27 timbalan menteri angkat sumpah

KUALA LUMPUR 10 Dis. –  Seramai 27 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini. Semua timbalan menteri itu melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia, sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir menyaksikan majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia…

Read More

Hamzah Zainuddin Ketua Pembangkang

KOTA BHARU 10 Dis. – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga Ahli Parlimen Larut, akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) yang diadakan beberapa hari lalu. Beliau berkata, pencalonan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen. “Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang. “Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai…

Read More

Dua pemimpin PKR angkat sumpah Senator

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Naib Presiden PKR,  K. Saraswathy dan bekas Ketua Wanita PKR  Fuziah Salleh yang dilantik sebagai timbalan menteri, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa hari ini. Senator lantikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Dr Rais Yatim di bangunan Parlimen 9.04 pagi ini. Ia dibuat selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat (4)(1) dan 4(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara dan mengikut Jadual Keenam, Perlembagaan Persekutuan. Syarat dikenakan mengikut Perkara 43 (2)(b), Perlembagaan Persekutuan menyatakan…

Read More

Kes harian meningkat kepada 1,597

PUTRAJAYA 10 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 merekodkan peningkatan apabila 1,597 kes dilaporkan semalam berbanding 1,116 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 5,008,452. Menurut data di di portal KKMNOW, daripada jumlah itu, 1,592 adalah kes tempatan dan lima kes import menjadikan jumlah kumulatif 4,969,981 kes tempatan dan 38,471 import. Sebanyak enam kematian dilaporkan termasuk satu kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,748 meninggal dunia termasuk 7,828 BID. Jumlah kes aktif kurang sebanyak 1,005 berbanding semalam menjadikan 20,468 kes di mana daripada jumlah…

Read More