Kes harian meningkat kepada 1,597

PUTRAJAYA 10 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 merekodkan peningkatan apabila 1,597 kes dilaporkan semalam berbanding 1,116 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 5,008,452.

Menurut data di di portal KKMNOW, daripada jumlah itu, 1,592 adalah kes tempatan dan lima kes import menjadikan jumlah kumulatif 4,969,981 kes tempatan dan 38,471 import.

Sebanyak enam kematian dilaporkan termasuk satu kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,748 meninggal dunia termasuk 7,828 BID.

Jumlah kes aktif kurang sebanyak 1,005 berbanding semalam menjadikan 20,468 kes di mana daripada jumlah itu, sebanyak 19,145 atau 93.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC).

Pada masa yang sama, sebanyak 1,237 atau 6 peratus sedang mendapatkan rawatan di hospital, dan daripada jumlah itu, 86 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana 54 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Di samping itu, sebanyak 2,596 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,951,236 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment