Hamzah Zainuddin Ketua Pembangkang

KOTA BHARU 10 Dis. – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga Ahli Parlimen Larut, akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) yang diadakan beberapa hari lalu.

Beliau berkata, pencalonan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

“Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan Timbalannya ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Beliau memberitahu demikian ketika menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Udangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, jawatankuasa juga bersetuju melantik beliau sebagai Ketua Whip PN.

Related posts

Leave a Comment