PRU15 mengenai masa depan negara

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 adalah mengenai masa depan negara,  untuk mengembalikan kerajaan yang berwibawa dan bukan untuk mana-mana pemimpin, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, matlamat itu hanya boleh menjadi kenyataan dengan kesepakatan,  sehati sejiwa memasang tekad mengundi BN. “Pemimpin datang dan pergi, tetapi andalah penyokong BN yang akan menentukan kelangsungan parti ini. Ingatlah setiap undi anda beri kepada Pakatan Harapan (PH), anda memberi undi kepada DAP untuk kembali. “Ingatlah setiap undi anda berikan untuk Perikatan Nasional (PN), sekadar membazirkan…

Read More

Tolak UMNO, Pas rela jadi pembangkang

MELAKA 15 Nov. – Pas rela menjadi pembangkang daripada bergabung dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya,  Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, parti itu tidak sekali-kali akan bergabung dengan BN yang dianggap masih `keruh’, selain masih mengekalkan pemimpin yang mempunyai kes mahkamah. “Kalau kita menang sendiri dengan majoriti dua pertiga atau majoriti mudah, tak perlu kepada orang (parti lain untuk bergabung), (tetapi) kalau ada pihak yang nak bekerjasama selepas kita membentuk kerajaan, kita alu-alukan datang kepada kita. “Kalau Pas tak dapat majoriti mudah (untuk membentuk…

Read More

G20 bermula di Bali

SIDANG Kemuncak G20 di Bali bermula pagi ini yang dipengerusikan oleh Presiden Joko Widodo. Dalam catatannya, Jokowi berkata, pemimpin negara G20, undangan, serta pertubuhan antarabangsa, hadir di Indonesia ketika dunia sedang menghadapi cabaran yang luar biasa. “Pandemik Covid-19 belum berakhir, persaingan terus melonjak, peperangan sedang berlaku. Impak pelbagai krisis terhadap makanan, tenaga dan daya tahan kewangan amat dirasai oleh dunia terutamanya di negara membangun,” katanya. Beliau berkata, sebagai Presiden G20, Indonesia telah mencuba yang terbaik untuk merapatkan perbezaan yang mendalam. “Dan kejayaan hanya boleh dicapai jika semua pihak, tanpa kecuali,…

Read More

Siasat pencipta, penyebar kajian palsu

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Ahmad Zahid Hamidi menggesa laporan polis dibuat untuk menyiasat pencipta dan penyebar kajian palsu keputusan PRU15 yang menggunakan nama pelbagai pihak termasuk Bukit Aman. Katanya, ‘hasil kajian’  tular itu juga menyebut MEIO, MKN malah US Embassy dan Indonesia Intel. “Jika ini  benar-benar berlaku melibatkan negara luar  maka ini melibatkan kedaulatan negara. Sedangkan lazimnya jika ada kajian pihak keselamatan maka ia adalah di bawah Akta Rasmi Kerajaan (OSA). “Keghairahan menggunakan agensi-agensi keselamatan negara adalah menunjukkan betapa terdesaknya kelompok tertentu ini untuk mendapatkan…

Read More

Pas yakin PN bentuk kerajaan

KOTA BHARU 16 Nov. – Pas berkeyakinan penuh Perikatan Nasional (PN) dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada gabungan itu, kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan. Beliau berkata pihaknya percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu prihatin, stabil dan bersih. “Dengan kenyataan yang jelas ini, maka sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) tidak berbangkit dan kami di PN berkeyakinan akan membentuk kerajaan bersendirian selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya menerusi kenyataan media di sini, Pada masa sama, Takiyuddin turut menjelaskan kenyataan beliau…

Read More

Penduduk dunia kini 8 bilion

NEW YORK :  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa akan meraikan jumlah penduduk dunia yang kini mencecah lapan bilion. “Pada 15 November 2022, penduduk dunia diunjurkan mencecah lapan bilion orang, satu peristiwa penting dalam pembangunan manusia,” kata PBB menerusi laman sesawang “Day of Eight Billion”. Pertumbuhan itu tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan peningkatan jangka hayat manusia susulan penjagaan kesihatan awam semakin baik, pemakanan, kebersihan diri dan perubatan. Keadaan itu juga disebabkan tahap kesuburan yang tinggi dan berterusan di beberapa negara. Jika sebelum ini tempoh 12 tahun diambil untuk mencapai…

Read More

PN tidak beri mandat kepada Takiyuddin

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Perikatan Nasional (PN) tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung Pas,  Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan Barisan Nasional (BN) bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15. Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, tujuan PN bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH). Dalam kenyataannya hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajajan negeri yang terlibat dalam PRU15. Takiyuddin sebelum itu dilaporkan berkata, PN yakin dapat membentuk…

Read More

Pembaharuan pimpinan perlu diteruskan

KUALA LUMPUR  15 Nov. – Matlamat untuk pembaharuan dan perubahan pucuk pimpinan UMNO mesti diteruskan dan kesedaran ini ada dalam kalangan akar umbi, kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin. Tegasnya, majoriti akar umbi parti juga mahukan perubahan dan ia terbukti berdasarkan keputusan pemilihan Presiden UMNO pada 2018. “Beliau (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) tidak menang dengan mudah. Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) pecahkan undi, bukan saya. Jika campur undi kami berdua (Khairy dan Tengku Razaleigh) saya sudah jadi Presiden UMNO. “Di belakang tabir, pimpinan muda…

Read More

Pengundian awal bermula pagi ini

PUTRAJAYA 15 Nov. – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah bermula pada pukul 8 pagi ini membabitkan 224,828 pengundi. Daripada jumlah itu, 117,473 orang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, manakala 107,355 lagi adalah polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka. Sebanyak 578 pusat pengundian awal dibuka di seluruh negara yang antara lain membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kem-kem tentera, dengan sejumlah 970 saluran. Suruhanjaya Pilihan Raya…

Read More

‘Fatwa’ Pas berubah demi Putrajaya

BALIK PULAU 15 Nov. – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa ‘fatwa’ Pas sentiasa berubah-ubah supaya ia sesuai dengan keperluan pemimpin parti itu untuk kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Jika mereka fikir mereka boleh mendapat kuasa dengan bersama UMNO, maka UMNO bagus.Sekarang, mereka fikir yang terbaik ialah Perikatan Nasional (PN) (dan) Bersatu walaupun ada pemimpin dalam Bersatu yang ‘sakau duit’. “Jika minggu depan mereka mempunyai idea bahawa DAP boleh memimpin mereka ke Putrajaya, maka DAP akan menjadi Muslim terbaik untuk mereka,” katanya dalam satu ceramah di sini…

Read More