Penduduk dunia kini 8 bilion

NEW YORK :  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa akan meraikan jumlah penduduk dunia yang kini mencecah lapan bilion.

“Pada 15 November 2022, penduduk dunia diunjurkan mencecah lapan bilion orang, satu peristiwa penting dalam pembangunan manusia,” kata PBB menerusi laman sesawang “Day of Eight Billion”.

Pertumbuhan itu tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan peningkatan jangka hayat manusia susulan penjagaan kesihatan awam semakin baik, pemakanan, kebersihan diri dan perubatan.

Keadaan itu juga disebabkan tahap kesuburan yang tinggi dan berterusan di beberapa negara.

Jika sebelum ini tempoh 12 tahun diambil untuk mencapai populasi dari tujuh kepada lapan bilion, PBB menganggarkan untuk mencapai populasi dunia sebanyak sembilan bilion ia akan mengambil masa 15 tahun.

Ini disebabkan kadar pertumbuhan yang perlahan.

(Foto hiasan UNHCR)

Related posts

Leave a Comment