PN tidak beri mandat kepada Takiyuddin

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Perikatan Nasional (PN) tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung Pas,  Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan Barisan Nasional (BN) bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, tujuan PN bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

Dalam kenyataannya hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajajan negeri yang terlibat dalam PRU15.

Takiyuddin sebelum itu dilaporkan berkata, PN yakin dapat membentuk kerajaan sama ada secara sendirian atau hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN.

“Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan. Presiden Pas, ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu.

“Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima.

Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15,” katanya seperti dilaporkan media di Kota Bharu.

Beliau berkata demikian selepas hadir program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat, di sini, lewat malam tadi.

Related posts

Leave a Comment