MB umum Selangor cuti 18 Nov.

SHAH ALAM 9 Nov. – Kerajaan Selangor menetapkan 18 November ini sebagai cuti umum bagi memudahkan pengundi yang bukan rakyat negeri ini untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.

Menteri Besar,  Amirudin Shari, berkata berikutan pendaftaran secara automatik serta penurunan had umur pengundi, Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 3,677,848 orang.

“Terdapat juga jumlah besar warga Malaysia yang bekerja dan bermastautin di Selangor tetapi mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

Sebagai galakkan untuk rakyat Selangor turun mengundi dan mengambil bahagian dalam PRU-15 ini, Kerajaan Negeri Selangor secara dasar bersetuju untuk memberi cuti am di Selangor pada hari Jumaat 18 November 2022. Ini bagi memudahkan urusan para pengundi.

“Pentadbiran ini juga berharap Perdana Menteri dapat memberikan pelepasan yang sama kepada seluruh rakyat Malaysia supaya seramai mungkin rakyat dapat menunaikan tanggungjawab dalam menentukan masa depan negara pada 19 November ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related posts

Leave a Comment