PUTRAJAYA 9 Nov. – Penggunaan telefon bimbit di dalam tempat mengundi tidak dibenarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut maklumat grafik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin, terdapat 10 langkah utama yang perlu dipatuhi ketika mengundi pada 19 November ini.
Langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa telefon bimbit tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi.
Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.
Sebelum ini Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad pernah menggesa SPR mengharamkan telefon bimbit di dalam pusat mengundi, demi menjaga hak dan privasi pengundi serta mencegah korupsi.
Katanya, sesetengah parti politik membayar pengundi untuk mengundi mereka, dengan syarat diberikan sebagai bukti.
