SEPANG 30 Ogos – Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali mendakwa perkembangan semasa pertuduhan demi pertuduhan memberi gambaran bahawa kerajaan sedang membeli masa untuk pilihan raya yang ditangguhkan waktunya. Katanya, kerajaan kononnya mahu menunjukkan bahawa reformasi sedang berjalan, tegas melawan rasuah, semua perkara lama sedang diperbetulkan. “Tetapi reformasi bukan sekadar mengeluarkan laporan lama ketika pilihan raya semakin dekat. Reformasi bermaksud pendakwaan tidak memilih kawan atau lawan. Reformasi bermaksud institusi penguatkuasaan bertindak berdasarkan bukti dan undang-undang, bukan berdasarkan siapa yang sedang diperlukan atau tidak diperlukan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan…
Read MoreDay: August 30, 2026
Siapa bakal pandu pulang kereta JIMBA?
BANGI 30 Ogos – Siapakah yang bakal ‘memandu’ pulang tiga buah kereta cabutan bertuah sempena Karnival Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) Bangi pada malam ini? Setakat ini, 43,000 pelanggan Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd layak menyertai cabutan itu yang menawarkan Perodua Myvi 1.5L AV, Proton Saga MC3 2026 dan Perodua Bezza 1.3 AV. Hadiah-hadiah lain yang ditawarkan sempena JIMBA Bangi adalah pakej umrah ziarah dan barangan elektronik bernilai sehingga RM10,000. Menurut Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, cabutan kali ini ada kelainan kerana dibuat dua peringkat…
Read MoreBerita pilihan….
Pretoria kemuka dokumen kepada ICJ
CAPE TOWN – Afrika Selatan akan menggunakan semua saluran bagi memastikan Israel mematuhi sepenuhnya perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes genosid yang difailkan Pretoria pada 2023, Berikutan kegagalan Israel mematuhi perintah itu, Afrika Selatan mengemukakan dokumen komprehensif kepada ICJ. Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya memaklumkan dokumen itu dikemukakan di bawah Artikel 11 Resolusi mahkamah berhubung amalan kehakiman dalamannya. Menurut kenyataan itu, langkah sementara berkenaan bertujuan melindungi hak rakyat Palestin di bawah Konvensyen Genosid dan mencegah kemudaratan yang tidak dapat dipulihkan…
Read MoreEbola merebak ketara di Congo
BERLIN – Wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) merebak dengan ketara, dengan 5,794 kes disahkan dan 2,786 kematian dilaporkan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kemas kini terbaharunya berkata, wabak berkenaan kini merebak ke 60 zon kesihatan, meningkat daripada 54 zon yang dilaporkan pada 14 Ogos. Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, peningkatan kes dan penyebaran wabak ke kawasan geografi yang lebih luas dalam tempoh tiga bulan lalu menunjukkan peningkatan ketara. Wabak itu masih dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa. Kelewatan mengesan kes boleh meningkatkan…
Read More