Tiada telefon semasa memangkah

PUTRAJAYA 9 Nov. – Penggunaan telefon bimbit di dalam tempat mengundi tidak dibenarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Menurut maklumat grafik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin, terdapat 10 langkah utama yang perlu dipatuhi ketika mengundi pada 19 November ini. Langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa telefon bimbit tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi. Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi. Sebelum ini…

Read More

MB umum Selangor cuti 18 Nov.

SHAH ALAM 9 Nov. – Kerajaan Selangor menetapkan 18 November ini sebagai cuti umum bagi memudahkan pengundi yang bukan rakyat negeri ini untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing. Menteri Besar,  Amirudin Shari, berkata berikutan pendaftaran secara automatik serta penurunan had umur pengundi, Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 3,677,848 orang. “Terdapat juga jumlah besar warga Malaysia yang bekerja dan bermastautin di Selangor tetapi mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain. Sebagai galakkan untuk rakyat Selangor turun mengundi dan mengambil bahagian dalam PRU-15 ini,…

Read More

Tidak terperangkap helah letak calon Melayu

AYER HITAM 9 Nov. – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat supaya tidak terperangkap dengan permainan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan calon Melayu daripada DAP. “Walaupun PH meletakkan wakil Melayu seperti di Parlimen Ayer Hitam tetapi di belakangnya adalah DAP. Ini bermakna satu undi untuk PH adalah satu undi untuk DAP. Jangan kita terperangkap dengan permainan mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Johor,  Onn Hafiz Ghazi…

Read More

PM Ismail menghadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU 9 Nov. –  Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan ke negeri ini dengan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru, hari ini. Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap yang berlangsung kira-kira satu jam itu dibuat bersempena lawatan Perdana Menteri ke negeri ini. Turut berangkat sama pada pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi berkenaan turun ke Johor bagi menghadiri Majlis Ramah…

Read More

Anwar berang sikap Rashid Hasnon

BATU PAHAT 9 Nov. – Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa Mohd Rashid Hasnon pernah menangis dan merayu kepadanya untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika dalam Pakatan Harapan (PH). Pengerusi PH itu turut menyifatkan, penyandang kerusi Parlimen Batu Pahat mengkhianati parti dan pengundinya. “Sokong Rashid dan dia khianat lompat katak, tak guna, apa punya manusia. Dia nak jawatan merayu, menangis minta bagi jawatan Timbalan Speaker, tak puas hati, pakat khianat,” katanya berceramah di Tapak Pasar Malam Bukit Pasir, malam tadi. Pada PRU14, Mohd Rashid bertanding atas tiket PKR dan memenangi…

Read More

“Tiada provokasi, hanya berucap”

PERMATANG PAUH 9 Nov. – Calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said menafikan dakwaan PKR yang menyatakan beliau adalah antara individu yang mencetuskan provokasi sehingga tercetusnya kekecohan di tapak pasar malam Penanti, Isnin lalu. Mohd Zaidi menyifatkan ia sebagai fitnah yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin takut melihat kepada sambutan hebat,orang ramai yang hadir ketika beliau memberi ceramah di pasar awam itu. “Saya tidak membuat sebarang provokasi, saya hanya berucap di atas Hilux dan ada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan bersebelahan lori Ayuh Malaysia.…

Read More

Kes harian Covid-19 melonjak semula

PUTRAJAYA 9 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini melonjak semula semalam dengan merekodkan 3,781 kes berbanding 2,521 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,937,534. Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW, daripada jumlah itu, sebanyak 3,778 kes adalah penularan tempatan, manakala tiga lagi kes import. Secara keseluruhannya, masih terdapat 36,250 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 95.1 peratus bersamaan 33,706 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah. Selain itu, terdapat 1,676 kes atau 4.7 peratus sudah mendapatkan rawatan lanjut di…

Read More

LRT Kelana Jaya – Ampang Park digantung

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung selama tujuh hari bermula pagi ini sehingga 15 November ini, demikian makluman Prasarana Berhad menerusi satu kenyataan. Penggantungan ini melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park sementara lain-lain stesen beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada pukul 11 malam. Ia melibatkan 22 stesen termasuk dari Gombak ke Putra Heights dan akan mula beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 11 malam bermula 9 hingga 15 November. Gangguan perkhidmatan…

Read More

BN tidak campur urusan mahkamah

SEREMBAN 9 Nov. – Barisan Nasional (BN) tidak akan sesekali mencampuri urusan mahkamah jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini, kata Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa kerajaan BN akan membebaskan bekas Perdana Menteri Najib Razak daripada penjara, selain menutup salah laku membabitkan pemimpin UMNO. Beliau merujuk beberapa kes pemimpin UMNO yang dipenjarakan semasa BN memerintah dulu seperti Harun Idris, Mokhtar Hashim, dan Khir Toyo. Mohamad mempersoalkan siapa sebenarnya menyalahgunakan proses undang-undang kerana dakwanya apabila Pakatan…

Read More