LRT Kelana Jaya – Ampang Park digantung

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung selama tujuh hari bermula pagi ini sehingga 15 November ini, demikian makluman Prasarana Berhad menerusi satu kenyataan.

Penggantungan ini melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park sementara lain-lain stesen beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada pukul 11 malam.

Ia melibatkan 22 stesen termasuk dari Gombak ke Putra Heights dan akan mula beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 11 malam bermula 9 hingga 15 November.

Gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya bermula pukul 8.39 malam Selasa itu dipercayai akibat masalah pemanduan automatik yang melibatkan laluan antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen Ampang Park.

Berikutan itu, bas perantara percuma disediakan yang turut melibatkan

LRT 1 – LRT Ara Damansara – LRT Pasar Seni, LRT 3 – LRT Kelana Jaya – LRT Pasar Seni dan LRT 5 – LRT Masjid Jamek – LRT Damai.

Kenyataan semalam menyebut Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil telah mengakibatkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya bermula pada hari Sabtu 5 November 2022.

Ini telah menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual di antara Stesen KLCC dan Stesen Ampang Park serta tren berhenti lebih lama di platform. Ia juga telah mengganggu keseluruhan jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.

Isu tersebut yang mula dikesan pada tengah hari Sabtu telah dapat diselesaikan pada awal pagi Ahad 6 November. Namun demikian, masalah yang sama telah berulang pada hari Isnin 7 November.

Berikut adalah kronologi kejadian serta tindakan mitigasi yang telah diambil (rujuk gambar di bawah).

Pihak Rapid Rail telah menggerakkan anggota Polis Bantuan dan kakitangan sokongan bagi mengawal keadaan serta penumpang di platform dan stesen-stesen yang terlibat.

Setelah berakhirnya waktu operasi, pasukan jurutera dan teknikal, dibantu oleh pihak Thales Group di Canada selaku pengilang peralatan asal (OEM) telah menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar gangguan tersebut.

Setakat jam 5.30 pagi ini, pihak jurutera telah dapat menstabilkan sistem ATC itu dan perkhidmatan tren telah dimulakan. Namun, sebagai langkah keselamatan, sistem tersebut masih berada di dalam pemantauan bagi memastikan kestabilan berterusan.

Related posts

Leave a Comment