PM Ismail menghadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU 9 Nov. –  Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan ke negeri ini dengan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap yang berlangsung kira-kira satu jam itu dibuat bersempena lawatan Perdana Menteri ke negeri ini.

Turut berangkat sama pada pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi berkenaan turun ke Johor bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, pukul 2.30 petang.

Related posts

Leave a Comment