Tengku Maimun Pengerusi CACJ

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, dilantik sebagai pengerusi Majlis Ketua Hakim ASEAN (CACJ) bagi penggal ini hingga 2024. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan Tengku Maimun dipilih sebulat suara melalui mesyuarat CACJ kali ke-10. Badan Kehakiman Malaysia menjadi tuan rumah bagi mesyuarat itu kali ini, di sini. Kenyataan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menyebut Tengku Maimun akan menerajui CACJ bagi tempoh dua tahun. Mesyuarat itu dihadiri oleh ketua hakim negara, ketua perwakilan dari 10 negara ASEAN dan pegawai kanan kehakiman masing-masing.…

Read More

Keprihatinan PM dapat sanjungan

BERA 6 Nov. – Keprihatinan dan sikap ambil berat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendapat pujian dalam kalangan penjaja, lebih-lebih lagi apabila golongan itu tidak terlepas dari menerima sebarang bantuan. Pengerusi Peniaga Pasar Malam, Pasar Pagi Daerah Bera, Kamarulzaman Ismail berkata, pihaknya sangat bersyukur sebab Perdana Menteri sentiasa ada untuk mereka. “Kalau saya mengadu masalah, tak pernah tak selesai. Kalau tak PM yang tolong, dia (PM) akan minta pegawai atau kakitangan yang bantu selesai. “Setakat ni, memang tiada masalah besar. Cuma tadi, saya ada minta supaya tandas awam dapat disediakan…

Read More

“Bukan ahli UMNO, tarik diri kerana keluarga”

IPOH 6 Nov. – Penceramah bebas,  Mohammad Kazim Elias menjelaskan, beliau menarik diri daripada menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut adalah demi menjaga hubungan kekeluargaan. Menurut Ustaz Kazim, 50, beliau mahu mengelak timbulnya masalah, susulan abangnya,  Mohd Najmuddin Elias bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau mewakili Perikatan Nasional (PN-Bersatu). Katanya,  sebelum itu beliau sudah menyatakan prinsipnya kepada kepemimpinan BN bahawa beliau tidak akan bertanding sekiranya ada anggota keluarga lain yang bertanding dalam kawasan yang sama. Itu juga janji kepada ibunya. “Saya menjaga keluarga dan hubungan keluarga…

Read More

127 calon wanita sertai pilihan raya

PUTRAJAYA 6 Nov. – Sebanyak 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah. Daripada jumlah itu, 39 adalah calon Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan UPKO daripada 205 calon yang bertanding, dengan satu kerusi atas tiket pakatan politiknya MUDA, di Parlimen Tanjong Karang dan satu menggunakan logo DAP di Parlimen Lanang, Sarawak. Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti…

Read More

KKM pantau peningkatan kes

SUNGAI BULOH 6 Nov. – Keadaan masih terkawal walaupun kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan, dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau peningkatan kes sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kemasukan hospital akibat jangkitan tidak tinggi dan kadar kematian juga rendah. “Macam Omicron walaupun kes naik tapi kemasukan hospital dan kadar kematian rendah, jadi kita anggap ini adalah gelombang jangkitan tapi dari segi keterukan, tidak berapa teruk,” katanya ketika ditanya mengenai peningkatan kes Covid-19 menjelang PRU15. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Kempen Calon…

Read More

Kunjungan Ismail Sabri ke Pasar Sehari Kerayong

BERA 6 Nov. – Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa mengunjungi Pasar Sehari Kerayong, di sini, sebagai salah satu program kempen pilihan raya selepas penamaan calon semalam. Kunjungan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen P090 Bera itu mendapat perhatian para peniaga dan pengunjung. Mereka mengambil kesempatan bermesra dengan beliau yang turut diiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN N37 Guai, Datuk Sabariah Saidin. Pada masa yang sama, beliau juga bertembung dengan calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Bera, Abas Awang yang turut berkempen di lokasi…

Read More

Keluarga wakil rakyat Malaysia

PUTRAJAYA 6 Nov. – Keluarga Anwar Ibrahim mendahului senarai calon yang mempunyai pertalian keluarga yang bertanding merebut kerusi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. Pakatan Harapan (PH) selain menampilkan ‘keluarga Anwar’ turut mempunyai keluarga Lim dan Sing. Anwar yang mula bertanding di Permatang Pauh pada 1982 diikuti Port Dickson dan kali ini di Tambun membawa bersama isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding di Bandar Tun Razak, lokasi ke tiga selepas Permatang Pauh dan Pandan. Anak perempuan pasangan ini, Nurul Izzah pula memulakan langkah di…

Read More