Kunjungan Ismail Sabri ke Pasar Sehari Kerayong

BERA 6 Nov. – Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa mengunjungi Pasar Sehari Kerayong, di sini, sebagai salah satu program kempen pilihan raya selepas penamaan calon semalam.

Kunjungan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen P090 Bera itu mendapat perhatian para peniaga dan pengunjung.
Mereka mengambil kesempatan bermesra dengan beliau yang turut diiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN N37 Guai, Datuk Sabariah Saidin.
Pada masa yang sama, beliau juga bertembung dengan calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Bera, Abas Awang yang turut berkempen di lokasi sama.
Ismail Sabri meluangkan masa berbual dengan pencabarnya selain bertanya khabar dua lagi calon PH bagi kerusi DUN N37 Guai, Noraini Abdul Ghani dan N38 Triang, Leong Yu Man.
Perdana Menteri kemudiannya meneruskan tinjauan dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di pasar sehari serta singgah di semua gerai dan bertanya khabar penjaja.

Related posts

Leave a Comment