Tengku Maimun Pengerusi CACJ

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, dilantik sebagai pengerusi Majlis Ketua Hakim ASEAN (CACJ) bagi penggal ini hingga 2024.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan Tengku Maimun dipilih sebulat suara melalui mesyuarat CACJ kali ke-10.

Badan Kehakiman Malaysia menjadi tuan rumah bagi mesyuarat itu kali ini, di sini.

Kenyataan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menyebut Tengku Maimun akan menerajui CACJ bagi tempoh dua tahun.

Mesyuarat itu dihadiri oleh ketua hakim negara, ketua perwakilan dari 10 negara ASEAN dan pegawai kanan kehakiman masing-masing.

“Sementara Ketua Hakim Negara China, Jepun dan Korea menyertai mesyuarat secara maya,” katanya, di sini.

Badan Kehakiman Malaysia diamanahkan untuk menerajui dua kumpulan kerja yang penting ditubuhkan di bawah naungan CACJ.

Ia adalah ‘Memudahkan Proses Sivil’ di ASEAN yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Malaya, Azahar Mohamed serta Pengurusan Kes dan Teknologi Mahkamah yang dipengerusikan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abang Amar Iskandar Abang Hashim.

Related posts

Leave a Comment