Kes harian Thailand turun

BANGKOK 1 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 20,420 hari ini berbanding semalam 22,311, dan sebelumnya 24,719 (27 Feb.) dan 25,615 (26 Feb.).

Sebanyak 43 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19, berbanding 42 kematian yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 171 adalah kes import melibatkan ketibaan dari luar negara dan 66 penghuni penjara menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Thailand adalah 2,912,347 dengan 22,976 kematian .

Sebanyak 18,297 kes pesakit sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,673,646.

Bangkok mendahului dengan merekodkan 2,752 kes, diikuti Nonthaburi 1,292, Chon Buri 1,197, Samut Prakan 1,060, Nakhon Si Thammarat 719, Phuket 678, Rayong 593,

Nakhon Pathom 592, Ayutthaya 554 dan Nakhon Ratchasima 538.

Dalam pada itu, jumlah kes import termasuk ketibaan dari Rusia (35 orang) Jerman (15), United Kingdom (10), Emiriyah Arab Bersatu (10) dan Indonesia (10).

Related posts

Leave a Comment