GTA Perak tanding 12 kerusi Parlimen

IPOH 4 Nov. –  Gerakan Tanah Air (GTA) Perak akan bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Mohd Fauzi Zulkifli. Beliau berkata calon yang ditampilkan adalah anak tempatan berpengaruh dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi serta mempunyai keakraban dengan masyarakat setempat. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, calon Parlimen dan DUN GTA berpotensi tinggi untuk memenangi PRU15. “Saya percaya, usaha GTA menawan Perak mampu dicapai melalui penampilan calon profesional, tokoh agama, peguam, doktor, pendidikan,…

Read More

Wan Junaidi akur pilihan parti

KUCHING 5 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akur dengan pemilihan Nancy Shukri untuk menggantikannya mempertahankan kerusi Parlimen Santubong. Wan Junaidi berkata, sebagai orang parti, beliau tidak berhak membantah calon pilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) walaupun Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu tiada dalam senarai yang dicadangkan kepada pucuk pimpinan. Beliau mengakui sudah menyediakan calon muda bagi menggantikannya dan melatihnya untuk menjadi wakil rakyat yang baik. “Ya… saya memang sudah berusaha membentuk pengganti yang boleh bekerja sebaik saya, tetapi kalau…

Read More

MB Selangor sedia lawan abang, adik

GOMBAK 4 Nov. –  Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari, bersedia bertembung dengan mana-mana individu, termasuk calon bebas yang juga pengacara sensasi, Azwan Ali pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Naib Presiden PKR yang juga calon Parlimen Gombak mewakili Pakatan Harapan (PH) itu berkata, negara mengamalkan sistem demokratik dan sesiapa yang rasa layak bertanding boleh berbuat demikian. “Menariklah…saya lawan sekali adik dengan abang. “Masing-masing ada hak, tetapi yang penting apa kita tawarkan, apa yang ingin kita kemukakan dan apa rekod kita,” katanya selepas majlis minum petang bersama jemaah Surau Darul Hidayah,…

Read More

Noh kekal setia bersama BN

TANJONG KARANG 4 Nov. – “Saya tidak akan meninggalkan Barisan Nasional (BN). Inilah prinsip yang dipegang untuk terus kekal setia’. Itu penegasan Pengerusi BN Selangor, Noh Omar selepas disahkan namanya tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Tanjong Karang yang disandang selama enam penggal sejak 1995 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau menegaskan tidak akan berganjak daripada terus kekal setia berjuang menyokong BN yang selama ini banyak berjasa kepada negara. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera BN P095 Parlimen Tanjong Karang di Padang Astaka, di sini, hari…

Read More

‘Mungkin ini usaha terakhir saya – Ku Li

GUA MUSANG 4 Nov. – Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan keputusan parti mencalonkannya mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 membuktikan rakyat di daerah ini masih memerlukan kepimpinannya. Katanya, mengambil kira pertimbangan itu, beliau menerima amanah bertanding dengan misi untuk terus menerajui dan berkhidmat di Parlimen Gua Musang. Beliau tidak menganggap memegang rekod berkhidmat sebagai Ahli Parlimen paling lama mencecah 12 penggal sebagai suatu kemegahan tetapi membayangkan rakyat di sini masih memerlukannya. “Ya, saya yang lama dalam rekod tetapi ia bukanlah kemegahan. Saya dikehendaki bertanding semula, terutama Orang…

Read More

Azwan Ali turut cabar Azmin di Gombak

KUALA LUMPUR: Pengacara sensasi, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA mengesahkan bertanding atas tiket Bebas kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Penyertaan itu sekaligus menyaksikan beliau bakal berdepan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH), calon Barisan Nasional dan Pejuang. Azwan, 56, berkata, beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, esok. “Saya akan berada di SMK Sungai Pusu. Jadi, orang ramai boleh ikut lintas langsung yang…

Read More

Ustaz Kazim dilarang mengajar di Pulau Pinang

TANJONG 4 Nov. – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menamakan 16 individu termasuk pendakwah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias yang didapati tidak memiliki tauliah mengajar daripada MAINPP. Melalui satu pekeliling yang dikeluarkan, turut tersenarai adalah Ahmad Husam Baderudin, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Yusni Mat Piah, Dr Abdullah Yassin Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi. Mohd Rizal Azizan dan Halim Hassan, Aiman Subri, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Shaharudin Ibrahim, Wan Hizam Abdullah Sabil, Shahrir Long dan Sobri Arshad. Yang Dipertua MAINPP, Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman,…

Read More

Negeri kecil 3 kawasan terjual 52 borang

PUTRAJAYA 4 Nov. – Negeri kecil dengan hanya tiga kawasan Parlimen tetapi Perlis mencatatkan jualan 52 borang pencalonan Parlimen, berbanding Negeri Sembilan yang mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan hanya 24 borang terjual setakat ini. Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dijual di seluruh negara. Daripada jumlah itu 3,036 adalah borang penamaan calon Parlimen manakala 1,290 lagi bagi DUN. Di peringkat Parlimen, Sabah mencatatkan penjualan borang tertinggi iaitu 716, diikuti Perak (326), Selangor (266),…

Read More

Prinsip Annuar kekal bersama UMNO

KOTA BHARU 4 Nov. –  Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Annuar Musa, yang tidak dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) mengakui telah menolak tawaran beberapa parti lain kerana mempunyai prinsip untuk kekal bersama UMNO. “Ada yang berkata esok masih ada lagi, boleh buat kejutan. Pada saya ini soal prinsip dan pegangan. Saya berterus-terang kalau ajak masuk parti lain, saya tak boleh, bukan benci parti lain tetapi memang pegangan saya begitu,” katanya. Annuar berkata beliau akan membantu calon BN Parlimen Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin, untuk mempertahankan kerusi tersebut pada PRU15. Sebagai ‘orang…

Read More