MB Selangor sedia lawan abang, adik

GOMBAK 4 Nov. –  Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari, bersedia bertembung dengan mana-mana individu, termasuk calon bebas yang juga pengacara sensasi, Azwan Ali pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PKR yang juga calon Parlimen Gombak mewakili Pakatan Harapan (PH) itu berkata, negara mengamalkan sistem demokratik dan sesiapa yang rasa layak bertanding boleh berbuat demikian.

“Menariklah…saya lawan sekali adik dengan abang.

“Masing-masing ada hak, tetapi yang penting apa kita tawarkan, apa yang ingin kita kemukakan dan apa rekod kita,” katanya selepas majlis minum petang bersama jemaah Surau Darul Hidayah, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengesahkan bertanding atas tiket calon Bebas bagi kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.

Azwan bakal berdepan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akan mempertahankan kerusi itu atas tiket Perikatan Nasional (PN) berbanding sebelumnya mewakili PH.

Turut menawarkan diri di Gombak adalah Ketua UMNO Bahagian Megat Zulkarnain Omardin dan Naib Presiden Putra, Aziz Jamaludin Mhd Tahir.

Related posts

Leave a Comment