Negeri kecil 3 kawasan terjual 52 borang

PUTRAJAYA 4 Nov. – Negeri kecil dengan hanya tiga kawasan Parlimen tetapi Perlis mencatatkan jualan 52 borang pencalonan Parlimen, berbanding Negeri Sembilan yang mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan hanya 24 borang terjual setakat ini.

Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dijual di seluruh negara.

Daripada jumlah itu 3,036 adalah borang penamaan calon Parlimen manakala 1,290 lagi bagi DUN.

Di peringkat Parlimen, Sabah mencatatkan penjualan borang tertinggi iaitu 716, diikuti Perak (326), Selangor (266), Kelantan (262), Johor (253), Pulau Pinang (219), Kuala Lumpur/Putrajaya (163), Kedah (150), Pahang (144), Terengganu (118), Sarawak (100) dan Melaka (73).

Selain itu, ibu pejabat SPR, di sini, turut mencatatkan jualan borang calon Parlimen sebanyak 170.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15).

Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah. – Esok adalah hari penamaan calon PRU15, dan 19 November ini sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 15 November.

Related posts

Leave a Comment