Mujahid, Hatta pertahan Parit Buntar, Lumut

IPOH 28 Okt. – Parti Amanah Negara (Amanah) mengemukakan 15 muka baharu iaitu tiga bagi kerusi Parlimen dan 12 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi pada sidang media di sini, memberitahu Amanah akan bertanding enam kerusi Parlimen dan 20 kerusi DUN dengan penampilan 60 peratus muka baharu.

Menurut Asmuni, enam kerusi Parlimen dan 20 kerusi DUN bakal ditandingi mewakili Pakatan Harapan (PH) di Perak menunjukkan pertambahan berbanding empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN yang ditandingi parti itu pada PRU14, empat tahun lalu.

Pengarah Pilihan Raya Amanah Perak itu, berkata Naib Presiden, Dr Mujahid Yusof Rawa dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar, begitu juga kerusi Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Ramli.

Bagi kerusi DUN pula, bekas Menteri Besar , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga penyandang kerusi DUN Sungai Rapat, dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi berkenaan manakala beliau sendiri di DUN Manjoi.

.SENARAI CALON PRU15 AMANAH PERAK

PARLIMEN

P56 Larut: Zolkarnain Abidin
P57 Parit Buntar: Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
P59 Bukit Gantang: Fakhruldin Mohd Hashim
P67 Kuala Kangsar: Ahmad Termizi Ramli
P69 Parit: Nurthaqaffah Nordin
P74 Lumut: Mohd Hatta Md Ramli

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

N01 Pengkalan Hulu: Mohd Saad Ismail
N04 Kota Tampan: Mohd Sabri Abdul Manaf
N05 Selama: Razali Ismail
N06 Kubu Gajah: Mohd Nazri Din
N08 Titi Serong: Muhammad Nakhaie Wahab
N11 Gunung Semanggol: Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar
N12 Selinsing: Ahmad Saqif Ansarallah Ahmad Jihbaz Mokhlis
N14 Changkat Jering: Megat Shariffudin Ibrahim
N16 Kamunting: Muhd Fadhil Nuruddin
N20 Lubok Merbau: Zaiton Latiff
N23 Manjoi: Datuk Asmuni Awi
N35 Manong: Mohd Jamsari Mahamood
N39 Belanja: Mohd Ikhmal Mohd Iskandar
N44 Sungai Rapat: Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin
N48 Ayer Kuning: Mohd Nazri Hashim
N50 Kampong Gajah: Mohd Syamsul Alauddin
N51 Pasir Panjang: Yahaya Mat Nor
N53 Rungkup : Ahmad Munzirie Ahmad Kabir
N56 Changkat Jong : Muhaimin Sulam
N59 Behrang : Khairol Najib Hashim

Related posts

Leave a Comment