Kes harian Indonesia 10,617

JAKARTA 8 Jan. – Jangkitan harian Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 10,617 kes dalam tempoh 24 jam, berbanding  9,321 kes yang dicatatkan semalam.

Dengan pertambahan itu, jumlah kes keseluruhan yang dilaporkan republik itu setakat ini meningkat kepada 808,340 kes.

Menurut data di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini,

dalam tempoh 24 jam juga, jumlah kematian turut meningkat iaitu 233 berbanding 224 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif 23,753 kematian.

Bagi kes sembuh juga merekodkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh kini meningkat kepada 666,883 berbanding 659,437 kes semalam.

Sementara itu, Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 200,658 kes, dengan tambahan 2,959 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Related posts

Leave a Comment