KOTA KINABALU 31 Okt. – Penyandang kerusi Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja yang akan diletakkan di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu berkata, ia termasuk Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Ongkili yang dikhabarkan mungkin berpindah kerusi pilihan raya kali ini. “Kalau sahabat kita Presiden PBS (Maximus) mahu datang, sebagai satu sistem demokrasi dan kita bersedia menghadapi sesiapa sahaja pencabar,” katanya dalam sidang akhbar ketika mengumumkan lima calon UPKO pada PRU15, di sini pada Isnin.…
Read MoreMonth: October 2022
UPKO dapat lima kerusi di Sabah
PENAMPANG 31 Okt. – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO),satu-satunya parti tempatan yang menjadi komponen Pakatan Harapan (PH) diperuntukkan lima kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Presiden UPKO, Wilfred Madius Tangau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran berkata, secara dasarnya beliau menerima keputusan yang sudah diputuskan PH. “Bercakap soal puas hati memang saya ingat tiada yang puas hati. Parti-parti komponen lain dalam PH juga mesti tetap timbul rasa kurang berpuas hati. “Kita sudah meminta beberapa kerusi dan sebenarnya kita dalam UPKO ini sangat praktikal dengan kerusi kita tandingi…
Read MorePH yakin menang 100 kerusi
IPOH 31 Okt. – Pakatan Harapan (PH) kini memberi fokus untuk memastikan kemenangan di 12 lagi kerusi Parlimen bagi memperoleh majoriti mudah 112 kerusi membentuk kerajaan. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini gabungan parti itu yakin boleh menang di 100 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Beliau berkata, dapatan hasil kajian terkini Pusat Inisiatif Dasar Invoke (Invoke) itu menunjukkan PH mampu menguasai kerusi-kerusi Parlimen berkenaan daripada parti lawan. “Kajian akhir Invoke yang diumumkan hari ini, kita dah capai 100 kerusi (Parlimen) (boleh…
Read MoreKes harian masih lepasi 3,000 kes
PUTRAJAYA 31 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 masih melepasi 3,000 kes dengan merekodkan 3,129 termasuk enam kes import berbanding 3,189 kelmarin dan 3,296 pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,900,051 iaitu 4,861,699 kes tempatan dan 38,352 kes import. Menurut laman KKNOW, jumlah kes aktif pula meningkat sebanyak 663 menjadikan jumlah keseluruhan 31,365 di mana 29,855 atau 95.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 1,444 atau 4.6 peratus mendapatkan rawatan di hospital. Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 27 kes atau 0.1 peratus ditempatkan di ICU…
Read MoreBerita pilihan…
Kemelut PBM selesai menjelang 5 Nov.
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kemelut yang melanda Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan diselesaikan secara dalaman dan dijangka mencapai kata sepakat menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 5 November ini. Zuraida Kamaruddin yang mendakwa masih memimpin parti berkenaan, isu itu dijangka dimuktamadkan secara dalaman, termasuk jawatan presiden dan penggantungan keahliannya oleh seorang lagi Presiden Larry Sng. Beliau memberitahu demikian pada sidang media di sini semalam mengenai keputusan PBM bertanding secara solo selepas hasrat menyertai Barisan Naional (BN) masih dalam pertimbangan. Ahad lalu, Larry mendakwa, beliau masih…
Read MoreMutalib mohon maaf isu kerusi MUDA Tapah
IPOH 31 Okt. – Pengerusi MUDA Perak, Mutalib Uthman memohon maaf di atas kekhilafan yang telah berlaku berikutan pengumuman bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Dalam satu kenyataan malam tadi, beliau menjelaskan bahawa kerusi P72 Tapah akan ditandingi calon PKR, bukan MUDA seperti dinyatakan sebelum ini. Bagaimanapun beliau akan bertanding pada pilihan raya kali ini di kawasan luar bandar dan yang dimiliki menteri yang lain bukan di Tapah yang melibatkan Menteri Sumber Manusia M.Saravanan. “Justeru, saya memohon maaf di atas segala kekhilafan…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 31.10.2022
PSM batal kerjasama dengan PH
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Selepas permintaan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput ditolak, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil ketetapan membatalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Timbalan Pengerusi PSM, S. Arutchelvan berkata dalam dua mesyuarat bersama PH, PSM meminta supaya Pengerusi parti Dr Michael Jeyakumar Devaraj, yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Siput dibenarkan bertanding di kerusi tersebut. “Memandangkan satu kerusi pun tidak diberikan, kami faham bahawa PH tidak berhajat untuk menjalin pakatan pilihan raya dengan PSM. “Kami kesal kerana perkara ini lewat dimaklumkan…
Read MoreWanita Melayu DAP cuba tembusi kubu UMNO
JOHOR BAHRU 30 Okt. – DAP terus cuba menembusi kubu UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan meletakkan calon Melayu, seorang wanita muka baharu Fatin Zulaikha Zaidi, 29 yang akan bertanding di kawasan Parlimen Mersing. Setiausaha Agung Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumkan demikian berkata, Fatin adalah wanita Melayu ketiga dicalonkan selepas Young Syefura Othman atau Rara (Bentong) dan Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera). “Syabas atas keberanian Fatin untuk bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan UMNO,” katanya ketika mengumumkan calon DAP bertanding di Johor, serentak…
Read More