5 terperangkap 129 jam masih hidup

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Bertahan 129 jam sebelum diselamatkan. Begitulah pengalaman pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dari Malaysia yang berjaya menyelamatkan lima mangsa yang terperangkap dalam runtuhan akibat gempa bumi Isnin lalu.

Pasukan MAS-01 SMART sebelum itu berusaha menggali terowong sepanjang 8.5 meter di kawasan terjejas gempa bumi di Gaziantep, Turkiye.

Berita gembira itu dikongsikan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul Turkiye melalui hantaran di Twitter, petang tadi.

Komander Kontinjen, Mohd Khairul Jamil, berkata semua lima mangsa yang diselamatkan itu, berjaya bertahan selama 129 jam, selepas kejadian gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria.

Usaha juga sedang dibuat bagi mengeluarkan seorang bayi yang terperangkap bersama kumpulan itu.

Pasukan SMART, NADMA turut  menggunakan alat Iris camera untuk mengesan bayi dan mangsa lain jika masih ada.

Dalam satu hantaran di Facebook NADMA, pasukan MAS-10 di worksite (Charlie-02 dan Delta-02) berjaya mengeluarkan dua orang mangsa dalam runtuhan bangunan tepat pada pukul 12:00h waktu tempatan.

Menurut saksi, terdapat beberapa lagi mangsa yang berada dalam runtuhan tersebut. MAS-10 masih meneruskan pencarian di kawasan tersebut.

Related posts

Leave a Comment