Kes harian masih lepasi 3,000 kes

PUTRAJAYA 31 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 masih melepasi 3,000 kes dengan merekodkan 3,129 termasuk enam kes import berbanding 3,189 kelmarin dan 3,296  pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,900,051 iaitu 4,861,699 kes tempatan dan 38,352 kes import.

Menurut laman KKNOW, jumlah kes aktif pula meningkat sebanyak 663 menjadikan jumlah keseluruhan 31,365 di mana 29,855 atau 95.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 1,444 atau 4.6 peratus mendapatkan rawatan di hospital.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 27 kes atau 0.1 peratus ditempatkan di ICU tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dua lagi kes kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 36,466 orang meninggal dunia manakala 2,464 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,832,220 orang.

Sementara itu, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi semalam dengan merekodkan 1,389 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 660,  Perak 222, Pulau Pinang 173, Sabah 156 dan Negeri Sembilan 135.

Kes terendah direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu tiga kes, Perlis tujuh, Terengganu 28, Wilayah Persekutuan Putrajaya 358, Pahang 44, Kelantan 46, Johor 46, Melaka 69 dan Kedah 69.

Related posts

Leave a Comment