Calon BN dimuktamadkan sebelum 5 Nov.

KUALA BERANG 21 Okt. – Calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dimuktamadkan selewat-lewatnya tiga hingga lima hari sebelum penamaan calon. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dimuktamadkan hasil perbincangan bersama parti komponen dengan menampilkan 70 peratus muka baharu. Beliau berkata, kehadiran calon baharu sudah diuji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang lalu dan mereka diterima baik oleh pengundi. “Kita tampilkan 84 peratus muka baharu di Melaka dan 72 peratus di Johor, pengundi mahukan muka-muka baharu ini untuk beri…

Read More

Jangan ikut perangai ketam

KUALA BERANG 21 Okt. –  Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua peringkat anggota parti itu supaya tidak mengikut perangai ketam jika mahu parti memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Jangan ikut perangai ketam dalam bakul, pijak sesama sendiri dan akhirnya mati disebabkan sikap sendiri,” katanya. Beliau mengingatkan walaupun BN dan UMNO dianggap kuat, seluruh pimpinan parti perlu ingat pembangkang lebih kuat jika dapat memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO dan BN. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya BN Terengganu di Kampung Jenagor,…

Read More

Elak kerajaan melukut di tepi gantang

KUALA BERANG 21 Okt. – Barisan Nasional (BN) tidak mahu lagi sebuah kerajaan umpama ‘melukut di tepi gantang’ seperti sebelum ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, BN dengan 42 kerusi sebelum ini mewujudkan ketidakstabilan politik berbanding parti lain mempunyai lebih banyak kerusi contohnya Perikatan Nasional (PN) 49 kerusi, GPS 19 dan dengan 42 kerusi BN tiada kekuatan. Naib Presiden UMNO itu berkata,, jika lima orang menarik diri, kerajaan yang dipimpin BN akan tumbang. “Oleh  itu saya bersama ‘top 5’ bermesyuarat untuk…

Read More

Ahmad Faizal ‘sambut’ Anwar di Tambun

IPOH 21 Okt. – Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, akan mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekaligus bersedia berhadapan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim. Ahmad Faizal berkata, sebagai anak jati Tambun, beliau dan rakan sukarelawan serta pendokong Perikatan Nasional (PN) berpendirian, menjadi tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk terus kekal berkhidmat di halaman sendiri. “Atas prinsip dan semangat demokrasi, saya turut mengalu-alukan mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun. “Mudah-mudahan, kempen pada pilihan raya kali ini berjalan dengan telus dan adil,…

Read More

Boris Johnson kembali sebagai PM?

LONDON: Kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri Boris Johnson dilaporkan melancarkan kempen “kembalikan Boris” ke jawatan Perdana Menteri berikutan peletakan jawatan Liz Truss. Menurut laporan media, Johnson berkemungkinan memasuki senarai calon untuk menggantikan Liz Truss, atas alasan ia adalah demi kepentingan negara. Berdasarkan sesi soal jawab terakhirnya sewaktu di penghujung waktu sebagai Perdana Menteri dahulu, Johnson seperti meninggalkan isyarat bahawa beliau ‘masih ada urusan yang belum selesai’. Ahli Parlimen Tory, Brendan Clarke-Smith dilaporkan berkata, perdana menteri seterusnya memerlukan mandat daripada pengundi dan ahli parti dan calon berkenaan perlu ‘seseorang yang mampu…

Read More

Agong rasmi Kompleks Maahad Tahfiz Turath

KUANTAN 21 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Kompleks Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) di sini hari ini. Kompleks MTTNP yang terletak di perkampungan Balok Baru di sini, mula beroperasi pada 2020 dan kini mempunyai 102 pelajar tingkatan satu hingga tiga. Bangunan MTTNP yang dahulunya sebuah pusat peranginan telah diambil alih oleh PKPP pada 2015, sebelum dibangunkan secara kolaborasi pintar bersama Yayasan Pahang (YP). Menurut kenyataan Istana Negara hari ini! Seri Paduka diiringi anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim…

Read More

Mohamaddin sedia tanding tiket PBM

LAHAD DATU 21 Okt. – Bekas Menteri Pelancongan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Mohamaddin Ketapi menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketua Perhubungan PBM itu bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan hasil pucuk pimpinan bersama Barisan Nasional (BN) memandangkan parti itu adalah mesra BN. “InsyaAllah kita akan mempertahankan (kerusi Lahad Datu). Sekarang ini kita adalah kawan kepada BN, jadi apabila kita sudah jadi kawan kepada BN kita akan menunggu hala tuju daripada BN hasil daripada kerjasama yang terjalin,”…

Read More

Nazri kekal tidak bertanding

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Ketua Bahagian UMNO Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz kekal dengan pendirian untuk memberi laluan kepada calon lain di kerusi yang dimenanginya sejak enam penggal yang lalu. Menurut laporan Astro AWANI, Mohamed Nazri menjelaskan sudah tiba masanya untuk beliau memberi ruang dan peluang kepada golongan muda,muka baharu untuk bertanding di Padang Rengas. “Ramai bertanya adakah saya masih berpegang kepada keputusan yang dibuat setahun yang lalu, jadi hari ini saya nak beritahu, ya, saya masih dengan pendirian yang sama. “Setiap yang bermula pasti akan berakhir. InsyaAllah…

Read More

Cari harta sepencarian bukan sepencurian

IPOH 21 Okt. – Presiden Amanah, Mohamad Sabu menasihatkan bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; supaya mencari harta sepencarian dan bukan harta ‘sepencurian’. “Dengarlah nasihat ku ini, bila jadi Perdana Menteri nanti, bersama Kak Wan (Dr Wan Azizah) carilah harta sepencarian bukan harta sepencurian, jangan jadi perdana menteri dulu dengan isterinya,” katanya di hadapan lebih 7,000 orang di Konvensyen PH malam tadi. Mohamad yakin PH akan mencapai kemenangan pada pilihan raya…

Read More