Manifesto BN : Kestabilan dan Kemakmuran

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini bersetuju dengan tema utama manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ialah ‘Kestabilan Dan Kemakmuran’. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, BN komited memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan kedaulatan negara terus terpelihara dengan penawaran dasar bersifat pro-rakyat dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang mapan dan menyeluruh. “Dewan Tertinggi bersetuju dengan usaha-usaha untuk mengetengahkan calon baharu yang mempunyai nilai ‘Winnable, Acceptable & Likeable’ (WALI) dan berazam untuk mencapai 30 peratus calon wanita,” katanya dalam kenyataan. Mesyuarat…

Read More

DUN Pulau Pinang bubar awal?

PETALING JAYA 11 Okt. – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan memutuskan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan atau tidak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata perkara itu yang dicadangkan DAP Pulau Pinang dibahaskan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) malam ini dan akan dibawa ke Majlis Presiden PH untuk dimuktamadkan esok. Beliau berkata terdapat permintaan daripada DAP Pulau Pinang supaya DUN di negeri itu dibubarkan dalam tempoh terdekat. Katanya DAP Pulau Pinang sudah…

Read More

SPR mesyuarat 20 Oktober

PUTRAJAYA 12 Okt. – Mesyuarat khas untuk membincang dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah akan diadakan pada 20 Oktober ini. Setiausaha Suruhanjaya Piihan Raya (SPR)  Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi Abdul Ghani Salleh itu akan diadakan di Menara SPR, Putrajaya pukul 10 pagi. “Pengerusi SPR akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, serta Daftar Pemilih yang akan digunakan, dan…

Read More

Dah ada kuasa tamak apa?

KOTA BHARU: “Siapa tamak kuasa? Orang yang tiada kuasa nak kuasa itulah yang tamak… yang dah ada kuasa tamak apa?,” Begitulah penjelasan Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kenyataan Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, Ahmad Zahid mungkin tidak memahami maksud tamak kuasa ketika mengeluarkan kenyataan itu kerana sebetulnya, orang yang tiada kuasa itulah yang tamak. Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini mendakwa negeri-negeri yang tidak serentak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai tamakkan kuasa kerana mahu terus kekal mempertahankan kuasa. Mohd Amar mempersoalkan kenapa…

Read More

DUN Perlis putuskan selepas Khamis

PADANG BESAR 11 Okt. – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dijangka dilakukan selepas pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti, pada Khamis ini, kata Menteri Besar,  Azlan Man. Beliau berkata pembentangan berkenaan diadakan terlebih dahulu pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Kelima DUN Perlis yang ke-14. “Saya akan mempersembah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, tarikh yang bersesuaian untuk pembubaran DUN supaya kita dapat mengadakan pilihan raya negeri bersekali dengan Pilihan Raya Umum ke-15 di peringkat Persekutuan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Dokumen Tanah Hak Milik…

Read More

DUN Selangor bubar tahun depan

SHAH ALAM 11 Okt. – Selangor mengesahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan serentak dengan pembubaran Parlimen semalam. Dengan keputusan itu, pengundi di Selangor hanya akan memilih calon-calon untuk kerusi Parlimen sahaja. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada pukul 10.05 minit pagi dan pertemuan itu berlangsung sekitar dua jam sebelum beliau meninggalkan istana. Pada pertemuan itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan kerajaan negeri menyegerakan projek berkepentingan rakyat seperti tebatan banjir…

Read More

GTA sedia bekerjasama dengan ‘parti sebulu’

PUTRAJAYA 11 Okt. – Gerakan Tanah Air (GTA) mempertimbangkan untuk mengadakan kerjasama politik dengan parti-parti lain yang dikira ‘sebulu’ dengan gerakan itu iaitu menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN). Pengerusi GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak menamakan parti itu menyatakan kesanggupan untuk mengadakan kerjasama jika parti berkenaan ingin menyelamatkan negara ini daripada pemerintahan UMNO. “Kita dapati UMNO adalah parti yang tidak sama sekali mengambil berat tentang masalah rakyat. Yang mereka nak hanya menjadi Perdana Menteri dan kerajaan. Itu saja tujuan mereka. Cakap sepanjang masa bukan berkenaan masalah yang dihadapi…

Read More

Calon GTA guna logo Pejuang, Putra

PUTRAJAYA 11 Okt. – Semua calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bertanding atas tiket Gerakan Tanah Air (GTA) akan menggunakan bendera dan logo  Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), kata Pengerusi GTA, Dr.Mahathir Mohamad. Katanya, langkah itu berikutan pendaftaran GTA sebagai parti politik masih belum diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sehingga Parlimen dibubarkan semalam. Beliau berkata, biarpun GTA mungkin diluluskan dalam masa terdekat, pihaknya masih tidak boleh bertanding menggunakan logonya. “Sebab itu kita membuat keputusan hari ini iaitu kita akan bertanding dengan nama Pejuang dengan menggunakan simbol Pejuang dan…

Read More

Dr Mahathir pertahan Langkawi

PUTRAJAYA 11 Okt. – Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, 97 mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu mengesahkan demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini. Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagaimanapun berkata, GTA tidak menetapkan calon perdana menteri jika memenangi PRU-15. “Kita juga membuat keputusan iaitu di Langkawi calonnya ialah Dr Mahathir Mohamad. Tapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri. Calon sebagai wakil rakyat saja,” katanya.…

Read More