Dr Mahathir pertahan Langkawi

PUTRAJAYA 11 Okt. – Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, 97 mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu mengesahkan demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagaimanapun berkata, GTA tidak menetapkan calon perdana menteri jika memenangi PRU-15.

“Kita juga membuat keputusan iaitu di Langkawi calonnya ialah Dr Mahathir Mohamad. Tapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri. Calon sebagai wakil rakyat saja,” katanya.

Dr Mahathir berkata, GTA membuat keputusan untuk tidak menamakan calon bakal Perdana Menteri ketika ini kerana ia hanya akan relevan jika gerakan itu menang pada PRU-15.

Related posts

Leave a Comment