SPR mesyuarat 20 Oktober

PUTRAJAYA 12 Okt. – Mesyuarat khas untuk membincang dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah akan diadakan pada 20 Oktober ini.

Setiausaha Suruhanjaya Piihan Raya (SPR)  Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi Abdul Ghani Salleh itu akan diadakan di Menara SPR, Putrajaya pukul 10 pagi.

“Pengerusi SPR akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, serta Daftar Pemilih yang akan digunakan, dan lain-lain persiapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri  Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Susulan pengumuman itu, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Related posts

Leave a Comment