DUN tiga negeri PH bubar 2023

KUALA LUMPUR 5 Okt.- Tiga negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini. Ini bermakna, Dewan-Dewan Undangan bagi negeri-negeri itu akan dibubarkan pada tahun 2023, sama ada secara serentak atau sebaliknya. Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden hari ini dan fokus pentadbiran ketiga-tiga negeri itu kini adalah untuk menangani isu banjir yang akan memberi kesan kepada rakyat. “Keputusan ketiga-tiga negeri ini adalah…

Read More

Bersatu optimis Pas kekal bersama PN

GOMBAK 5 Okt. – Bersatu optimis Pas akan terus bersama Perikatan Nasional (PN) dalam memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden,  Dr Radzi Jidin. Beliau berkata setakat ini, Pas menunjukkan komitmen untuk bergerak bersama PN dalam satu pasukan. “Secara umumnya, kita lihat Pas begitu komited untuk bergerak bersama PN. Kita lihat kerjasama (ditunjukkan) cukup baik, malah (PN) telah lancarkan jentera pilihan raya di beberapa buah negeri dan akan terus melaksanakannya dalam masa terdekat,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Inisiatif Menangani Beg Berat:…

Read More

Pas ada pelan kedua jika tak berjaya

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Beberapa hari sebelum memuktamadkan pendirian sama ada Pas memilih PN atau BN, parti itu menyatakan memiliki pelan kedua sekiranya penyatuan ummah bersama UMNO yang sedang diusahakan tidak berjaya. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu tidak sesekali ‘undur’ untuk menjayakan agenda terbabit. Katanya, Pas mengalu-alukan kesediaan UMNO ke arah penyatuan ummah tetapi dengan meletakkan beberapa syarat yang perlu Pas teliti terlebih dahulu. “Ada beberapa isu kecil sahaja yang kita boleh usahakan. Kalau berjaya kita teruskan dan kalau tak berjaya, kita…

Read More

Pas tentukan Sabtu ini BN atau PN

PUTRAJAYA 5 Okt. – Pas akan memutuskan Sabtu ini sama ada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) sebagaj rakan ta’awun (kerjasama) parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Naib Presiden, Idris Ahmad, berkata mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat pada hari berkenaan akan diadakan di ibu negara. Selain memutuskan pilihan Pas, mesyuarat juga antara lain akan turut membincangkan bagi mengambil ketetapan sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri ditadbir parti itu. “Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan akan keluarkan kenyataan rasmi berhubung dua perkara ini dan difahamkan…

Read More

RUU tidak jenayahkan kanak-kanak

PUTRAJAYA 5 Okt. – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 tidak ‘menjenayahkan kanak-kanak’ seperti dakwaan sesetengah pihak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Katanya, kompaun bagi orang belum dewasa yang merokok sememangnya wujud dalam peraturan sedia ada dan tidak boleh didaftar sebagai kesalahan jenayah. “Dia (perokok belum dewasa) bukannya masuk penjara dan tiada hukuman penjara bagi mereka ataupun dalam RUU baharu ini kepada mereka yang lahir selepas 2007. Jadi janganlah kelirukan rakyat menyatakan kanak-kanak akan dijenayahkan. “Itu tidak betul. Sekarang pun kalau ada kanak-kanak beli rokok dan sekiranya…

Read More

Red notice lebih baik kesan Jho Low

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kaedah melalui ‘red notice’ (orang dalam buruan dikehendaki untuk pendakwaan) yang dikeluarkan Polis Antarabangsa (INTERPOL) adalah lebih baik bagi mengesan Low Taek Jho atau Jho Low. Justeru Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berhasrat menawarkan ganjaran kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terkini mengenai keberadaan ahli perniagaan dalam buruan itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan kaedah melalui ‘red notice’ adalah lebih baik kerana menggunakan elemen kerjasama dan maklumat perisikan yang lebih tepat. “Kaedah ini memerlukan mana-mana 195 negara…

Read More

Cacar monyet pertama di Vietnam

HANOI 5 Okt. – Vietnam mengesan kes cacar monyet pertama selepas mendapati seorang wanita berusia 35 tahun yang menetap di bandar Ho Chi Minh dikesan dijangkiti wabak berkenaan. Wanita itu mula berdepan masalah kesihatan pada 18 September lalu ketika melawat Dubai. Dia mengalami gejala demam, keletihan, kesejukan, sakit otot, sakit kepala dan batuk, selain bengkak kemerahan serta gatal pada lengan, badan dan muka, sebelum pulang ke Vietnam pada 22 September lalu. Pada hari berikutnya, iaitu 23 September lalu, wanita itu dimasukkan ke Hospital Tu Du di Ho Chi Minh sebelum…

Read More

Kadar positif di Filipina tahap ‘amat tinggi’

MANILA: Kadar positif Covid-19 di ibu negara Filipina berada pada tahap ‘amat tinggi’ dengan kadar 19.1 peratus, iaitu jauh lebih tinggi berbanding tahap ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak lima peratus. Menurut Prof Guido David dari Universiti Filipina berkata, pihaknya mengesan peningkatan berterusan pada kadar positif, yang bermakna jangkitan masih meningkat di Metro Manila dan wilayah sekitarnya. Beliau memberitahu, beberapa faktor mungkin menyumbang pada peningkatan kadar positif itu, antaranya pelaksanaan semula kelas secara bersemuka, peraturan pemakaian pelitup muka secara pilihan, imuniti berkurangan serta pergerakan orang ramai yang tinggi. Berikutan faktor…

Read More