Penurunan kes baharu

PUTRAJAYA 3 Okt. – Sebanyak 12,291 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-39 (ME39/2022) iaitu dari 25 September hingga 1 Oktober berbanding 12,963 kes pada ME38/2022. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 5.2 peratus. Katanya, pada ME 39, bilangan kes tempatan menyusut 5.2 peratus kepada 12,260 berbanding 12,934 kes pada ME 38 manakala kes import pula meningkat 6.9 peratus kepada 31 kes berbanding 29 kes pada tempoh sama. Jumlah kematian disebabkan Covid-19 pula pada ME 39 menurun sebanyak 35 peratus kepada 26…

Read More

PRU awal: Pembangkang aneh, dangkal

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Pembangkang dan sekutu mereka semakin aneh dan dangkal apabila cuba ‘menolak Pilihan Raya Umum’ (PRU) lebih awal dengan pelbagai alasan termasuk mengaitkan dengan Deepavali, Tahun Baharu Cina, dan Hari Raya. Presiden UMNO,  Dr.  Ahmad Zahid Hamidi berkata, umpama cuba mengajar itik berenang di kolam, pembangkang lupa bahawa Barisan Nasional (BN) berpengalaman mengatur, mengendali dan tahu masa terbaik untuk pilihan raya. Katanya, mereka tidak mahu PRU diadakan tahun ini, tetapi pada masa yang sama terus menjelajah berkempen politik di sana dan sini dengan membawa naratif lemah…

Read More

Visa umrah dilanjut kepada tiga bulan

RIYADH: Visa umrah dilanjutkan dari satu kepada tiga bulan untuk jemaah umrah semua warganegara, kata Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah. Beliau mengumumkan perkara itu semasa melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Tashkent, Uzbekistan. Menteri itu menyampaikan salam Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman, yang juga Perdana Menteri, kepada Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev serta pemerintah dan rakyatnya. Raja Salman dan Putera Mahkota juga mendoakan kemakmuran kepada Uzbekistan berikutan pembaharuan yang sedang disaksikan negara itu. Mereka turut menekankan lawatan itu adalah lanjutan daripada hubungan…

Read More

Penjara tolak permohonan Najib

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Peguam Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan Jabatan Penjara menolak permohonan bekas Perdana Menteri,  Najib Razak untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat minggu ini. Muhammad Shafee berkata, Jabatan Penjara menolak permohonan anak guamnya yang dibuat pihaknya pada 19 September lalu kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara. “Mereka membalas permohonan itu dan tidak benarkan atas alasan keselamatan, … saya rasa sangat pelik kerana sebenarnya Parlimen lagi selamat daripada mahkamah kerana di mahkamah beliau terdedah kepada orang awam. “Oleh kerana permohonan ditolak, kami membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, dan menulis surat…

Read More

Menghendap kesalahan jenayah

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Dewan Rakyat, meluluskan sebulat suara pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah, yang menjadikan tindakan menghendap sebagai satu kesalahan. RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 diluluskan selepas dibahas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),  Mas Ermieyati Samsudin membentangkan kedua-dua RUU berkenaan untuk bacaan kali kedua. RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 membabitkan peruntukan berhubung kesalahan menghendap atau stalking, manakala RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 membabitkan…

Read More

Bentang cadangan tambahbaik RUU minggu ini

KUALA LUMPUR: Pembentangan cadangan penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 tidak akan dilakukan hari ini, sebaliknya sebelum Khamis ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Ketika membentangkan usul di persidangan Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang memerlukan lebih masa bagi meneliti isu-isu yang menjadi perhatian awam dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Menurut Khairy, selepas penelitian dibuat, barulah RUU itu dirasakan sesuai untuk dibentangkan untuk dibahaskan dalam Dewan Rakyat. “Bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undangundang memerlukan lebih masa…

Read More

Jika penjara benarkan, Najib boleh hadir

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara, boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat jika mendapat kebenaran Jabatan Penjara, kata Yang Dipertuanya, Tan Sri Azhar Azizan Harun. Azhar Azizan menjelaskan, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu untuk hadir kerana Najib berada di bawah jagaan (custody) Jabatan Penjara. “Mengenai kehadiran Yang Berhormat Pekan, ia bukan di bawah kuasa saya langsung. Jika beliau hadir, maka beliau tidak perlu meminta kebenaran saya untuk masuk ke Dewan. “Persoalannya sekarang, adakah beliau…

Read More

Pandemik bakal berakhir di Indonesia

JAKARTA: Indonesia bakal mengumumkan pandemik Covid-19 akan berakhir di negara itu berikutan penyebaran wabak berkenaan semakin reda, kata Presiden Joko Widodo (Jokowi). “Pandemik memang sudah mulai mereda. Tidak lama lagi kita akan nyatakan pandemik sudah berakhir,” kata Jokowi dalam kenyataan  yang disiarkan di saluran YouTube Sekretariat Presiden hari ini. Dalam kenyataan ini juga, Jokowi turut menyentuh mengenai situasi ekonomi di seluruh dunia yang disifatkan beliau berada dalam situasi tidak baik. Bahkan, kata beliau, negara maju juga berada dalam keadaan tidak baik Menurut Jokowi, proses pemulihan ekonomi pasca pandemic Covid-19 belum…

Read More

Pas, UMNO bertemu bincang kerjasama

BANTING 3 Okt. – Pas akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi UMNO dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata kerjasama itu membabitkan 27 kerusi Parlimen serta beberapa negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang dilihat mempunyai potensi dimenangi sekiranya ada permuafakatan bersama UMNO. “Kalau tidak boleh semua pun (permuafakatan antara UMNO-Pas), mungkin tempat tertentu. Tidak mustahil,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Jentera Pas Selangor 2022, di sini, malam tadi. Bagaimanapun,…

Read More

“Gantung itu bukan gantung mati”

KUALA LUMPUR: “Bukan gantung mati”, Itu reaksi Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman ketika mengulas penggantungannya selama enam tahun oleh UMNO baru-baru ini. Tajuddin ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat berkata, beliau masih ahli UMNO. “Itu tiada masalah, kita masih UMNO. (Tindakan) gantung itu bukan gantung mati, apa ada masalah? Kalau nak gantung, gantung bagi mati, itu OK. Kalau tak mati, nanti takut dia hidup balik,” katanya disambut ketawa ahli dewan. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan (BN-Pontian), yang kebetulan duduk di sebelah kanannya kelihatan tersenyum lebar. Beliau…

Read More