Visa umrah dilanjut kepada tiga bulan

RIYADH: Visa umrah dilanjutkan dari satu kepada tiga bulan untuk jemaah umrah semua warganegara, kata Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah.

Beliau mengumumkan perkara itu semasa melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Tashkent, Uzbekistan.

Menteri itu menyampaikan salam Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman, yang juga Perdana Menteri, kepada Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev serta pemerintah dan rakyatnya.

Raja Salman dan Putera Mahkota juga mendoakan kemakmuran kepada Uzbekistan berikutan pembaharuan yang sedang disaksikan negara itu.

Mereka turut menekankan lawatan itu adalah lanjutan daripada hubungan bersejarah antara kedua-dua negara dan membawa kepada beberapa perjanjian kerjasama dalam pelbagai bidang.

Perjanjian tersebut terutamanya dalam haji dan umrah, yang mencerminkan usaha besar kepemimpinan dalam berkhidmat kepada Islam dan umat Islam serta memudahkan prosedur bagi para jemaah haji dan umrah.

Menurut Dr Tawfiq, pada musim haji baru-baru ini, kira-kira 12,000 jemaah Uzbekistan diberi peluang selepas pihak berkuasa meningkatkan jumlah jemaah berikutan keadaan pandemik Covid,-19 yang menunjukkan tanda reda.

Dalam tempoh dua bulan pula, lebih 36,000 jemaah dari Uzbekistan menunaikan ibadah umrah.

Lawatan Dr Tawfiq menyaksikan beberapa pertemuan dengan pelbagai pegawai untuk membincangkan cara-cara bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang di samping mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Perjanjian itu terutama dalam haji dan umrah mencerminkan usaha besar kepimpinan dalam berkhidmat kepada Islam dan umat Islam, serta memudahkan prosedur untuk jemaah haji dan umrah.

Related posts

Leave a Comment