Kes harian di Indonesia meningkat

JAKARTA 29 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 2,003 kes berbanding 1,915 yang dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,429,767. Jakarta terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 781 berbanding 695 kes semalam diikuti Jawa Barat 347 (372), Banten 187 (208), Jawa Timur 248 (190) dan Jawa Tengah 95 (98).. Sementara itu, jumlah kes aktif pula berkurangan sebanyak 828 kes dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan 18,357 berbanding 19,185 semalam. Sebanyak 2,814 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah yang pulih…

Read More

Sabah optimis kerjasama dengan Brunei

KOTA KINABALU 29 Sept. – Sabah optimis bahawa kerjasama dengan Brunei Darussalam dalam pelbagai sektor terutama perdagangan akan terus berkembang berdasarkan peningkatan perdagangan Sabah dengan Brunei yang lebih empat kali ganda daripada RM311.7 juta pada 2017 kepada RM1.48 bilion pada Ogos tahun ini. Beliau juga berharap hubungan dua hala dengan Brunei terus dipertingkatkan selepas pembukaan semula sempadan kedua-dua negara, kata “Sabah sentiasa mementingkan hubungan dengan Brunei,” katanya dalam kenyataan selepas menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei hari ini. Pada pertemuan itu, Hajiji…

Read More

Mesyuarat Dewan Rakyat 32 hari mulai 3 Okt.

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Rakyat akan berlangsung selama 32 hari mulai 3 Oktober hingga 29 November ini dengan tumpuan utama terarah kepada pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini. Menurut kenyataan Parlimen, mesyuarat Ketiga Penggal Kelima bagi Dewan Negara pula akan berlangsung selama 11 hari mulai 21 November hingga 7 Disember 2022. Mesyuarat ketiga penggal kelima diawalkan daripada tarikh takwim asal bagi membolehkan pembentangan bajet yang ditetapkan pada 28 Oktober diadakan tiga minggu lebih awal seperti diputuskan mesyuarat Kabinet 26 Ogos lalu. Mengikut takwim…

Read More

Tidak wajar paksa Pas pilih rakan

PUTRAJAYA 29 Sept. – Pas tidak patut dipaksa memilih rakan politik untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man. Pas juga berpendirian perlu ada penyatuan ummah di antara semua parti politik yang mewakili masyarakat Melayu Islam, termasuk UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Beliau berkata, semua pihak perlu melihat kestabilan politik masa depan terutama ketika negara berdepan situasi ekonomi, bebanan kos sara hidup serta Covid-19. Katanya, keutamaan perlu diberikan dalam menangani situasi berkenaan dengan kestabilan perlu ada muafakat politik. “Saya fikir tidak boleh…

Read More

Peluang Bumiputera milik rumah

KUALA LUMPUR 29 Sept. – – Sebanyak 8,000 unit rumah kuota Bumiputera bernilai hampir RM6 bilion akan dipamerkan untuk jualan sempena Pameran Satu Rumah, Satu Keluarga Bumiputera Malaysia (BPEX) pada 1 dan 2 Oktober ini. Pameran anjuran Marvel Management Communication Sdn. Bhd. (MMC) itu akan berlangsung di Dewan 3, Mid Valley Exhibition Centre di sini bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari. Pengarah Urusan MMC, Nor’ashikin Taib berkata, pameran melibatkan pemaju-pemaju di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Katanya, hampir 3,000 unit rumah adalah dari pemaju di sekitar Kuala…

Read More

Beban kos rawatan jantung dijangka meningkat

KUALA LUMPUR 29 Sept. –  Beban kos rawatan bagi penyakit jantung di negara ini dijangka terus meningkat sekiranya tiada tindakan berkesan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam mengawal dan mencegah penyakit itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang memetik laporan The Direct Healthcare Cost of Non-communicable Diseases in Malaysia tahun ini berkata, dianggarkan RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada 2017 diperuntukkan bagi merawat pesakit jantung. Oleh itu, kolaborasi antara Kementerian Kesihatan (KKM) dengan lain-lain agensi termasuk jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, swasta dan badan…

Read More

Pastikan kebenaran sejarah diberitahu

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mengingatkan ahli sejarah supaya sentiasa memainkan peranan mereka untuk memastikan kebenaran diberitahu. Baginda bertitah, dalam dunia di mana persepsi menjadi lebih penting berbanding kebenaran, berlaku peningkatan ketara maklumat salah, diselewengkan dan fakta dimanipulasi secara sistematik terutama di media sosial. “Mempersoalkan perspektif sedia ada, serta menggunakan semua sumber bukti adalah penting seperti bertanyakan naratif yang dominan,” titah baginda pada pelancaran buku ‘Contesting Malaysia’s Integration Into The World Economy anjuran Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini. Turut…

Read More

Anwar ketuai gerakan ‘benam pengkhianat’

ANWAR Ibrahim dijangka berhijrah lagi. Selepas Permatang Pauh dan Port Dickson, Presiden PKR itu akan beralih ke kawasan baharu. Jika benar beliau tidak ‘sembang kencang’ kali ini, bersedialah ‘pengkhianat’ PKR atau Pakatan Harapan (PH). Penghijrahan kali ini bukan sekadar ‘suka-suka’ tetapi membawa misi ‘balas dendam’ dan ‘membenamkan’ wakil rakyat yang dianggap mengkhianati parti. Malam tadi pada program Sembang Kencang Kelab Wartawan Kuala Lumpur (KLS) @DSAI, Pengerusi PH itu secara tidak langsung membayangkan akan meninggalkan Port Dickson untuk bertanding kawasan lain. “Kawasan kubu UMNO pun (PH) boleh masuk.Tetapi saya harus pilih…

Read More

Tidak timbul isu Pas takut arus semasa

TUMPAT 29 Sept. – Pas menolak tanggapan bahawa parti itu menggunakan alasan banjir bagi mengelak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat kerana takut dengan arus politik yang dikatakan tidak memihak kepada parti itu. Pesuruhjaya Pas Kelantan, Ahmad Yakob, berkata parti itu mempunyai pandangan tersendiri berhubung PRU15 termasuk keutamaan untuk menyempurnakan manifesto. “Kita mempunyai pandangan sendiri berhubung pilihan raya iaitu kita lebih fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat terutama menyempurnakan manifesto kita. “Kalau kita buat tahun ini, kita masih ada lagi berbaki program tapi kalau buat tahun depan, musim pun…

Read More

PRU: Setuju tempoh bubar ditetapkan

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) wajar dapat ditentukan lebih awal dengan penetapan secara automatik selepas genap mandat lima tahun, kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau secara peribadi bersetuju penetapan tempoh pilihan raya satu penggal itu supaya semua pihak termasuk parti politik tidak tertanya-tanya setiap hari untuk tarikh mengembalikan semula kepada rakyat memilih kerajaan. “Walaupun ia menjadi hak kepada Perdana Menteri dan Kabinet untuk menentukan bila tarikh PRU dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, tetapi jika sekiranya dalam keadaan yang kita samar-samar, pihak pelabur…

Read More