Kes harian di Indonesia meningkat

JAKARTA 29 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 2,003 kes berbanding 1,915 yang dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,429,767.

Jakarta terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 781 berbanding 695 kes semalam diikuti Jawa Barat 347 (372), Banten 187 (208), Jawa Timur 248 (190) dan Jawa Tengah 95 (98)..

Sementara itu, jumlah kes aktif pula berkurangan sebanyak 828 kes dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan 18,357 berbanding 19,185 semalam.

Sebanyak 2,814 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah yang pulih meningkat kepada 6,253,317 orang manakala 17 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 158,093 kematian.

Mengenai vaksinasi, setakat pukul 6 petang ini, jumlah penerima vaksin pertama adalah 204,570,152 orang atau 87.18 peratus daripada jumlah sasaran 234,666,020 orang.

Sementara itu, jumlah penduduk yang sudah disuntik vaksin Covid-19 dos kedua adalah sebanyak 171,174,706 atau 72.94 peratus manakala 63,511,989 atau 27.06 peratus mendapatkan dos ketiga atau penggalak.

Related posts

Leave a Comment