50 % penjawat awam belum milik rumah

MELAKA 25 Sept. – Kira-kira 50 peratus daripada 1.62 juta penjawat awam di negara ini masih belum mampu memiliki rumah sendiri berikutan gaji minimum sektor itu disifatkan sebagai tidak lagi relevan. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),  Adnan Mat berkata, gaji minimum sedia ada menyukarkan kerajaan untuk mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan. Begitu juga dengan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Justeru, beliau berkata, penetapan gaji minimum baharu RM1,800 penting bagi memastikan penjawat awam bukan saja dapat memiliki rumah…

Read More

Sedia bertembung jika gagal sepakat

KUALA MUDA 25 Sept. – Pas bersedia bertembung dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang sekiranya usaha untuk mencapai kata sepakat gagal, kata Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau bagaimanapun menegaskan parti itu sentiasa berpegang kepada usaha untuk menyatukan parti-parti Melayu terutama membabitkan Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah payung penyatuan ummah. Katanya, usaha untuk mengelakkan pertembungan antara Pas dan UMNO perlu diteruskan supaya tidak berlaku situasi  ‘menang jadi arang, kalah jadi abu’. “Kalau dia (UMNO) lawan kita, kita lawan dengan dia…

Read More

Siapa beritahu bertanding di Ampang?

BATU KAWAN 25 Sept. – Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyangkal kenyataan Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa beliau tidak yakin untuk menang di kawasan majoriti Melayu. Beliau turut menyangkal desas-desus akan melepaskan kerusi Port Dickson untuk bertanding di Parlimen Ampang yang kini disandang bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. “Saya tidak umum pun (bertanding di Ampang), dia kata saya hendak bertanding Ampang. Siapa beritahu? (Jika) dia hendak pertahankan Zuraida ini bukan caranya,” kata Ketua Pembangkang itu. Anwar berkata kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang…

Read More

Rakyat sudah tahu Bersatu musuhi BN

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin tidak perlu terlalu beria-ia mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama kerana rakyat sudah lama tahu niat Bersatu pimpinan Muhyiddin menamatkan BN. Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, umum mengetahui Bersatu sememangnya memusuhi BN dan pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan Muhyiddin untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Justeru katanya, UMNO tidak berasa pelik bukan PH yang diumumkan musuh utama PN walaupun Muhyiddin pernah menyebut PH tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia. Kata Ahmad Zahid, kemungkinan,…

Read More

Cadang KL ibu pejabat UN-Habitat

NEW YORK: Malaysia mencadangkan Kuala Lumpur sebagai lokasi ibu pejabat Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) di peringkat ASEAN, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri mencadangkan perkara itu kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres secara tidak rasmi selepas pertemuan antara kedua-dua pemimpin ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 di sini. Bercakap pada satu sidang media, beliau berkata, memandangkan UN-Habitat tertumpu kepada proses pembandaran, sebuah pejabat perlu ditubuhkan di peringkat ASEAN ketika rantau Asia Tenggara menyaksikan pembangunan pesat. “Pembukaan bandar berlaku dengan terlalu cepat di seluruh…

Read More

Tular Zahid calon PM adalah palsu

KUALA LUMPUR 25 Sept. – UMNO tidak pernah mengeluarkan kenyataan menamakan Presidennya,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15, kata Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan. “Mudah untuk mengetahui benar atau tidak jika ada kenyataan daripada saya, periksa semua saluran media sosial saya iaitu Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok. Jika tiada, maka ia palsu, fake,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini. Beliau berkata, dalam dunia ini memang ada sekumpulan manusia jahat dan bodoh yang kerjanya hanya membuat fitnah. Ahmad turut memuat naik kenyataan tular…

Read More

GRS sokong calon BN di Sabah

SANDAKAN 25 Sept. – Jika di Semenanjung, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengisytiharkan musuh politik pilihan raya umum adalah Barisan Nasional (BN), lain pula situasi di Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata GRS akan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Menurut Ketua Menteri Sabah itu, GRS (yang turut dianggotai Bersatu) dan BN sudah berjanji untuk bekerjasama membangunkan Sabah dan membawa kemajuan kepada rakyat negeri itu. “Kalau di (Parlimen) Batu Sapi ini calonnya (daripada) GRS, kita minta BN…

Read More

DAP lulus pindaan perlembagaan

SHAH ALAM 25 Sept. – Kongres Khas DAP 2022 hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu bagi menghalang Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk senatornya lompat parti. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata pindaan perlembagaan parti yang dipersetujui majoriti perwakilan hari ini, selari dengan Perlembagaan Persekutuan membabitkan Akta Antilompat Parti. Ini sekaligus menjadikan DAP parti politik pertama yang meminda perlembagaan parti selaras dengan Akta Anti Lompat parti 2022. Dalam sesi pengundian yang berlangsung hari ini, seramai 632 perwakilan menyokong pindaan itu, manakala dua lagi tidak menyokong. DAP akan…

Read More

Parti tentang PH adalah musuh politik

SHAH ALAM 25 Sept. – Mana-mana parti yang menentang Pakatan Harapan (PH) dalam kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secara automatik dianggap sebagai musuh politik dalam konteks persaingan. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berjata, empat parti dalam PH akan bekerjasama dan menentang lawan kerana siapa yang bertanding menentang PH adalah musuh politik. “Terpulang banyak mana yang nak berlawan, setiap parti yang masuk kawasan untuk bertanding itu sudah pasti adalah pesaing kita,” katanya pada sidang media selepas Kongres Khas DAP 2022 di Pusat Konvensyen IDEAL di sini,…

Read More

Hati-hati agenda pecah belah MN

KUALA TERENGGANU 25 Sept. – Ahli Pas dan UMNO perlu berhati-hati dengan agenda memecah-belahkan Muafakat Nasional (MN) susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin bahawa BN menjadi musuh utama PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kenyataan bahawa BN adalah musuh PN ternyata meletakkan Pas dalam dilema memandangkan terdapat usaha untuk mewujudkan kerjasama BN (UMNO) dan Pas. “Pas baru sahaja berusaha membina kembali jambatan yang sudah mula terbakar berikutan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung Pas bahawa BN bukan musuh…

Read More