GRS sokong calon BN di Sabah

SANDAKAN 25 Sept. – Jika di Semenanjung, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengisytiharkan musuh politik pilihan raya umum adalah Barisan Nasional (BN), lain pula situasi di Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata GRS akan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Ketua Menteri Sabah itu, GRS (yang turut dianggotai Bersatu) dan BN sudah berjanji untuk bekerjasama membangunkan Sabah dan membawa kemajuan kepada rakyat negeri itu.

“Kalau di (Parlimen) Batu Sapi ini calonnya (daripada) GRS, kita minta BN juga menyokong calon itu. Kalau calon itu daripada BN, GRS juga akan menyokong mereka.

Ini) kerana kita dalam satu kerajaan iaitu Kerajaan GRS dan BN,” katanya ketika berucap semasa Program Jelajah GRS Batu Sapi di Sandakan.

Hajiji berkata, kerjasama antara GRS dan BN perlu diperkukuhkan kerana rakyat negeri ini mahukan sebuah kerajaan yang stabil dalam membela nasib mereka.

“Kita mesti belajar daripada kesilapan politik yang lalu. Cukuplah kita tidak perlu berpecah dan memecah belah lagi.

“Kali ini kita berharap dapat bekerjasama sebaik mungkin dan membawa Sabah ke hadapan selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya,” katanya.

Related posts

Leave a Comment