Parti tentang PH adalah musuh politik

SHAH ALAM 25 Sept. – Mana-mana parti yang menentang Pakatan Harapan (PH) dalam kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secara automatik dianggap sebagai musuh politik dalam konteks persaingan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berjata, empat parti dalam PH akan bekerjasama dan menentang lawan kerana siapa yang bertanding menentang PH adalah musuh politik.

“Terpulang banyak mana yang nak berlawan, setiap parti yang masuk kawasan untuk bertanding itu sudah pasti adalah pesaing kita,” katanya pada sidang media selepas Kongres Khas DAP 2022 di Pusat Konvensyen IDEAL di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya siapa musuh utama DAP, susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengisytihar Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu yang pernah bersama PH pada PRU-14 bagaimanapun tidak menyebut sama ada PH tersenarai sebagai ‘musuh politik’ PN ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun keenam Bersatu, semalam.

Loke berkata PH tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada PN bagi menghadapi PRU-15 sebaliknya entiti PH akan bergerak dalam keadaan sedia ada dengan ‘khemah sendiri’.

“Dalam PH memang jelas bahawa kita tidak akan mempunyai sebarang rundingan dengan mana-mana parti daripada PN,” katanya

Related posts

Leave a Comment