Perubahan iklim didorong manusia?

SINGAPURA: Sepasukan saintis antarabangsa mendakwa suhu melampau di seluruh Asia bulan lalu menjadi lebih teruk berbanding biasa, berkemungkinan besar akibat perubahan iklim didorong perbuatan manusia.

Berbilion penduduk seluruh benua Asia terjejas oleh suhu yang memecah rekod sepanjang April, dengan sekolah terpaksa ditutup, tanaman rosak dan ratusan orang terbunuh akibat penyakit berkaitan haba.

Demikian menurut laporan pakar iklim Kumpulan Kesan Cuaca Sedunia yang turut mengaitkan pada April, Myanmar, Laos dan Vietnam mengalami hari paling panas dalam rekod , manakala suhu di India mencecah setinggi 46 darjah Celsius,

“Dari Gaza ke Delhi ke Manila, orang menderita dan mati apabila suhu April meningkat di Asia,” kata Friederike Otto, Pensyarah Kanan Sains Iklim di Institut Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Grantham, salah seorang pengarang laporan itu.

Katanya, gelombang haba sentiasa berlaku tetapi haba tambahan, didorong oleh pelepasan industri minyak, gas dan arang batu, mengakibatkan kematian bagi ramai orang.

Di Filipina, salah satu negara yang paling teruk dilanda bahang panas, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kesihatan, menutup sekolah dan catuan bekalan elektrik kerana suhu yang meningkat mengancam grid kuasa negara itu.

Gelombang haba selama 15 hari, yang bermula pada pertengahan bulan, ‘hampir mustahil diharungi’ berikutan fenomena cuaca El Nino, tanpa diburukkan lagi oleh kesan pemanasan global akibat perbuatan manusia, kata laporan itu.

Sebahagian wilayah di Asia Barat menyaksikan suhu yang memecahkan rekod sepanjang 24 hingga 26 April, dengan Tel Aviv mencecah 40.7 darjah Celsius.

Suhu melampau di Asia Barat kali ini lima kali ganda lebih berkemungkinan berpunca akibat perubahan iklim, unjur laporan itu.

Suhu di sekitar Kolkata India pada akhir April mencecah 46 darjah Celsius, 10 darjah Celsius lebih tinggi daripada suhu purata bermusim.

Nnm

Related posts

Leave a Comment