Permulaan penyatuan lebih besar

SEPANG 23 Jun – Penyertaan parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dalam Perikatan Nasional (PN) adalah selaras dengan pendirian parti bahawa kepentingan agama, bangsa dan negara hendaklah sentiasa mengatasi kepentingan parti dan individu.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata, penyertaan itu juga permulaan kepada penyatuan kekuatan yang lebih besar demi menyelamatkan negara daripada perpecahan, ketidakstabilan dan kegagalan pemimpin.

Beliau berkata ketika negara berdepan pelbagai cabaran ekonomi, sosial dan keselamatan, keutamaan mesti diberikan kepada usaha penyatuan ummah serta membina kekuatan politik yang menawarkan kepemimpinan yang lebih berwibawa.

“Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pembentukan sebuah saf perjuangan yang lebih besar demi masa depan negara.

“Semoga langkah ini menjadi titik permulaan kepada usaha lebih besar dalam menyatukan kekuatan umat dan membina Malaysia yang lebih stabil, selamat dan makmur,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata , Pejuang akan terus berpegang teguh kepada prinsip integriti, keadilan dan tadbir urus yang baik serta komitmen untuk memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN malam tadi menerima permohonan Pejuang dan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai anggota gabungan PN yang sebelum ini dianggotai Bersatu, Pas, Gerakan dan MIPP.

Pengerusi PN, Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan penyertaan kedua-dua parti itu.

PCM kini dijenamakan semula sebagai Parti Wawasan Negara, yang dipimpin oleh  bekas timbalan presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Nnn

Related posts

Leave a Comment