Amanah calonkan wanita bukan Melayu

TANGKAK 23 Jun – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor yang diperuntukkan 19 kerusi bukan sahaja menampilkan 13 muka baharu tetapi mempertaruhkan calon bukan Melayu, Sharon Teo @ Teo Siew Hui bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.

Beliau yang pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Amanah Johor dan Ketua Wanita Muda Amanah (WARDA) Johor itu juga merupakan satu-satunya calon bukan Islam dan bukan Melayu yang mewakili parti berkenaan.

Bagaimanapun Amanah Johor tidak menurunkan Pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan yang sebelum ini memberi amaran untuk ‘menguburkan’ UMNO buat kali kedua pada pilihan raya negeri bulan depan.

Antara pimpinan utama Amanah Johor yang dicalonkan adalah Timbalan Pengerusi Dzulkefly Ahmad, Naib Pengerusi, Suhaizan Kaiat yang juga Ahli Parlimen Pulai, Naib Pengerusi Dr Zuhan Zain dan Ketua Pemuda, Muhammad Taqiuddin.

Turut dicalonkan, Nazri Abd Rahman yang akan mempertahankan kerusi Simpang Jeram yang dimenangi pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 9 September 2023 selepas kematian penyandang Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Amanah sebelum ini yakin mampu memenangi sekurang-kurangnya enam kerusi termasuk  Parit Yaani yang pernah dimenangi Aminolhuda atas tiket Pas pada 2013 dan PH-Amanah pada 2018.

Begitu juga Kota Iskandar yang pernah dimenangi Dzulkefly,  bekas Exco semasa Kerajaan PH.

Senarai penuh calon Amanah yang ajan mewakili PH adalah N.04: Kemelah – Mohd Afif Abd Hamid; N.05: Tenang – Elia Nadira Sabudin; N.08: Bukit Pasir – Muhd Najib Lep; N.11: Serom – Ahmad Nazari Abd Hamid; N.13: Simpang Jeram – Nazri Abd Rahman; N.15: Maharani – Muhammad Taqiuddin.

N.20: Semarang – Ramli Abd Hamid; N.21: Parit Yaani – Md Ezam Md Taslim; N.25: Rengit – Mohamad Yazid Bakri; N.29: Mahkota – Ahmad Zuhan Md Zain; N.31: Kahang – Mohd Sabri Abd Kadir; N.34: Panti – Ahmad Daniel Sharudin;

N.26: Machap – Nor Hafiz Roslan; N.36: Sedili – Amirul Husni Onn; N.38: Penawar – Mohd Sawaludin Salleh; N.43: Permas – Sharon Teo @ Teo Siew Hui; N.49: Kota Iskandar – Dzulkefly Ahmad; N.44: Larkin – Suhaizan Kaiat; N.53: Benut – Abd Razak Ismail

Related posts

Leave a Comment