SEPANG – Parti Wawasan Negara, akan memperkukuhkan lagi Perikatan Nasional (PN) selaku gabungan yang semakin diyakini rakyat untuk memimpin Malaysia. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin berkata, penyertaan Wawasan Negara menjadi nilai tambah kepada kekuatan sedia ada PN terutamanya dalam memperjuangkan agenda perubahan berteraskan kompetensi, integriti dan kestabilan. “Sebagai parti berwajah Malaysia, Wawasan Negara membawa aspirasi rakyat daripada pelbagai latar belakang dan percaya masa depan negara hanya dapat dibina melalui kerjasama, kesederhanaan serta komitmen terhadap kepentingan nasional. Kami hadir sebagai jambatan yang menghubungkan lebih ramai rakyat, memperluaskan sokongan serta mengukuhkan lagi kedudukan…
Read MoreDay: June 23, 2026
Amanah calonkan wanita bukan Melayu
TANGKAK 23 Jun – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor yang diperuntukkan 19 kerusi bukan sahaja menampilkan 13 muka baharu tetapi mempertaruhkan calon bukan Melayu, Sharon Teo @ Teo Siew Hui bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas. Beliau yang pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Amanah Johor dan Ketua Wanita Muda Amanah (WARDA) Johor itu juga merupakan satu-satunya calon bukan Islam dan bukan Melayu yang mewakili parti berkenaan. Bagaimanapun Amanah Johor tidak menurunkan Pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan yang sebelum ini memberi amaran untuk ‘menguburkan’ UMNO buat…
Read MorePermulaan penyatuan lebih besar
SEPANG 23 Jun – Penyertaan parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dalam Perikatan Nasional (PN) adalah selaras dengan pendirian parti bahawa kepentingan agama, bangsa dan negara hendaklah sentiasa mengatasi kepentingan parti dan individu. Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata, penyertaan itu juga permulaan kepada penyatuan kekuatan yang lebih besar demi menyelamatkan negara daripada perpecahan, ketidakstabilan dan kegagalan pemimpin. Beliau berkata ketika negara berdepan pelbagai cabaran ekonomi, sosial dan keselamatan, keutamaan mesti diberikan kepada usaha penyatuan ummah serta membina kekuatan politik yang menawarkan kepemimpinan yang lebih berwibawa. “Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada…
Read MorePKR tanding 20 kerusi DUN Johor
TANGKAK 23 Jun – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 20 kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor termasuk mempertahankan kerusi tunggalnya di Bukit Batu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) bulan depan. Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengumumkan senarai penuh bakal calon PKR yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) termasuk penyandang tunggal sebelum ini Arthur Chiong, yang akan mempertahankan kerusi Bukit Batu. Daripada 20 calon itu, dua wanita disenaraikan iaitu Timbalan Setiausaha I Wanita PKR Rozy Razit di N.01 Buluh Kasap dan Ketua Srikandi PKR Johor,…
Read MoreBerita pilihan…
AS gantung sementara sekatan ke atas Iran
BURGENSTOCK – Amerika Syarikat (AS) mengantung sementara sekatan ke atas industri minyak Iran, selepas Naib Presiden AS, JD Vance memaklumkan Tehran bersetuju membenarkan pemeriksa nuklear Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu (PBB) kembali memasuki republik itu susulan rundingan di Switzerland. Jabatan Perbendaharaan AS memaklumkan sekatan terhadap Iran digantung sementara sehingga 21 Ogos depan bagi membolehkan negara itu mengeluar, menjual dan menghantar minyak mentah serta produk berkaitan. Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, berkata keputusan itu dibuat susulan komitmen Tehran untuk memastikan laluan perkapalan yang bebas dan terbuka di Selat Hormuz, serta membenarkan pemeriksa Agensi…
Read MoreTrump kritik PM Britain
WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengkritik Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, yang mengumumkan peletakan jawatan selepas pemimpin Parti Buruh itu gagal menguruskan dasar tenaga, imigresen dan hubungan dengan Washington. Presiden Amerika Syarikat (AS) menyifatkan tindakan Starmer itu hanya memburukkan dirinya sendiri. “Britain membeli sebahagian besar tenaganya. Anda tahu dari mana? Norway. Anda tahu dari mana mereka memperoleh minyak? Laut Utara. Walhal Britain mempunyai bahagian Laut Utara yang jauh lebih besar, tetapi mereka tidak mahu menerokainya atas alasan alam sekitar. Apa pun, saya fikir beliau seorang yang baik,” katanya kepada pemberita…
Read More