Fasa pertama SUKE dibuka

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Fasa pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi jajaran sejauh 16.6 kilometer (km) akan dibuka kepada pengguna mulai 12 tengah hari esok,16 September tanpa tol selama sebulan. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fasa pertama lebuh raya terbabit bermula dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa. “Saya juga ingin mengumumkan bahawa tol secara percuma selama sebulan, bermula jam 12 tengah hari 16 September. Pengguna yang bakal menggunakan laluan lebuh raya alternatif ini diharap mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memandu secara…

Read More

Hampir 1,500 korban banjir Pakistan

ISLAMABAD: Banjir di Pakistan yang menenggelamkan kawasan besar di negara Asia Selatan itu telah mengakibatkan hampir 1,500 orang terbunuh. Ketika ini, pihak berkuasa sedang berusaha untuk meningkatkan bantuan untuk berjuta-juta mangsa yang terjejas akibat bencana itu. Banjir yang dibawa hujan monsun serta pencairan glasier di pergunungan utara menjejaskan 33 daripada 220 juta penduduk negara itu dan merosakkan rumah, sistem pengangkutan, tanaman dan ternakan dengan anggaran kerugian dilaporkan berjumlah AS$30 bilion. Sebanyak 1,486 orang dilaporkan terkorban dengan 530 daripadanya golongan kanak-kanak, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara, ketika mengeluarkan jumlah pertama…

Read More

Jelajah kempen PRU PH bulan depan

SEREMBAN 15 Sept. – Pakatan Harapan (PH) akan memulakan siri jelajah kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bulan depan yang membabitkan semua pimpinan utamanya. Pada masa sama PH berkata semua urusan berkaitan rundingan kerusi dan manifesto bagi PRU-15 akan diselesaikan menjelang pertengahan Oktober. Gabungan itu juga akan mengadakan Konvensyen PH pertengahan bulan depan dalam usaha membina gelombang rakyat menyokong gabungan itu. “Semua urusan rundingan kerusi dan manifesto PH akan diselesaikan menjelang konvensyen berkenaan,” kata Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan, hari ini. Perkara itu diputuskan dalam pertemuan membabitkan semua pemimpin…

Read More

Semak daftar pemilih tambahan 30 hari

PUTRAJAYA 15 Sept. – Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2022 (DPT BLN8/2022) yang diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan mulai hari ini, selama 30 hari sehingga 14 Oktober. DPT BLN8/2022 itu mengandungi nama bagi 43,508 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas bagi tempoh 1 hingga 31 Ogos lepas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata!  DPT BLN8/2022 juga membabitkan 19,868 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 6,544 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.…

Read More

Peluang tamatkan wabak Covid-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa dunia merebut peluang menamatkan wabak Covid-19 selepas jumlah kes baharu dilaporkan semakin berkurangan secara mendadak. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus,berkata, wabak yang telah mengorbankan jutaan orang sejak dikenal pasti pada 2019, pada minggu lalu menurun ke paras paling rendah sejak Mac 2020. Katanya, situasi ini menggambarkan perkembangan positif dan menyifatkannya sebagai penghujung wabak sudah di depan mata. “Jika tidak mengambil peluang untuk menamatkan wabak sekarang, dunia akan terus berdepan dengan risiko. Ia termasuk risiko varian baharu serta lebih banyak kematian bakal dicatatkan.,”…

Read More

Pas elak mudarat lebih besar

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pas menolak menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sejak awal lagi bagi mengelakkan ‘mudarat politik’ lebih besar dan lebih parah akibatnya kepada negara. Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata Pas mempunyai pengalaman paling lama dalam bertahaluf dengan beberapa parti yang ada bersamanya. “Secara tegasnya, Pas menolak mudarat politik (dalam PH) yang memberikan akibat lebih besar dan parah kepada negara yang boleh merobohkan asas, sehingga ia boleh mematahkan cabang penting termasuk membolehkan hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh,” katanya. Ahli Parlimen Marang itu berkata keadaan sedemikian…

Read More

MN: Pas tunggu keputusan MKT UMNO

SEBERANG JAYA 15 Sept. – Pas akan menunggu keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung nasib Muafakat Nasional (MN) sebelum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai kerjasama antara kedua-dua parti itu. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, bagaimanapun mengesahkan terdapat rundingan dan perbincangan sedang dibuat dalam kalangan pemimpin negeri dan akar umbi kedua-dua parti berhubung perkara itu. “Kita akan tunggu keputusan MKT UMNO terlebih dahulu. Lagipun, masih ada masa sebelum pembubaran parlimen. Setakat ini, belum ada keputusan sama ada pembubaran Parlimen akan berlaku tahun ini atau 2023. “Kita bersedia untuk berbincang dengan mana-mana…

Read More

Muktamadkan rundingan dengan Pas

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Majli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu memuktamadkan keputusan mengenai desakan menutup terus pintu rundingan dengan Pas, kata Perdana Menteri  Ismail Sabri Yaakob. Naib Presiden UMNO itu berkata, perkara mengenai isu rundingan dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15) dijangka dibangkitkan pada mesyuarat MKT UMNO akan datang. “Saya bersedia dan terbuka untuk mendengar semua pandangan akar umbi mengenai isu ini, tetapi keputusan akhir akan dimuktamadkan MKT UMNO. Kita tangguhkan mesyuarat (MKT UMNO) yang dijadual berlangsung malam Sabtu ini ke suatu tarikh yang akan diumumkan…

Read More

Piagam MN sudah ‘dikoyak’

SEMALAM, 14 September adalah ulang tahun ketiga lahirnya Piagam Muafakat Nasional (MN), satu kerjasama politik yang melibatkan dua parti utama orang Melayu Islam yang selama ini begitu kuat ‘permusuhan’ mereka iaitu UMNO dan Pas. Melalui Himpunan Penyatuan Ummah (HPU), Piagam MN ditandatangani Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang di hadapan ribuan pemimpin dan anggota kedua parti di Dewan Merdeka, PWTC, Ada tangisan mengiringi pemeterian itu. Manakan tidak, jika selama ini mereka ‘berperang dan berparang’ terutama setiap kali pilihan raya tetapi kali ini mereka ‘bersatu…

Read More

Bendera separuh tiang di Selangor

SHAH ALAM 15 Sept. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan supaya bendera negeri dikibar separuh tiang mulai Sabtu ini sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 9 September lalu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Haris Kasim, dalam satu kenyataan memaklumkan, bendera Selangor akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari. “Sultan Selangor telah berkenan agar bendera Negeri Selangor dikibarkan separuh tiang bermula Sabtu sehingga Isnin bagi menzahirkan hubungan baik baginda dengan Ratu Elizabeth II. Ia juga sebagai tanda menghormati kemangkatan baginda Ratu di Istana Balmoral selepas 70 tahun menaiki takhta dan…

Read More