Peluang tamatkan wabak Covid-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa dunia merebut peluang menamatkan wabak Covid-19 selepas jumlah kes baharu dilaporkan semakin berkurangan secara mendadak.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus,berkata, wabak yang telah mengorbankan jutaan orang sejak dikenal pasti pada 2019, pada minggu lalu menurun ke paras paling rendah sejak Mac 2020.

Katanya, situasi ini menggambarkan perkembangan positif dan menyifatkannya sebagai penghujung wabak sudah di depan mata.

“Jika tidak mengambil peluang untuk menamatkan wabak sekarang, dunia akan terus berdepan dengan risiko. Ia termasuk risiko varian baharu serta lebih banyak kematian bakal dicatatkan.,” katanya.

Menurut laporan epidemiologi terkini WHO mengenai Covid-19, jumlah kes yang dilaporkan turun 28 peratus kepada 3.1 juta pada minggu berakhir 11 September.

Ia berikutan penurunan 12 peratus seminggu sebelumnya.

WHO bagaimanapun memaklumkan, penururnan jumlah kes yang dilaporkan adakala mengelirukan kerana banyak negara telah mengurangkan ujian dan mungkin tidak mengesan kes secara serius.

Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan jumlah kes sebenar adalah lebih tinggi.

Related posts

Leave a Comment