Muktamadkan rundingan dengan Pas

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Majli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu memuktamadkan keputusan mengenai desakan menutup terus pintu rundingan dengan Pas, kata Perdana Menteri  Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu berkata, perkara mengenai isu rundingan dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15) dijangka dibangkitkan pada mesyuarat MKT UMNO akan datang.

“Saya bersedia dan terbuka untuk mendengar semua pandangan akar umbi mengenai isu ini, tetapi keputusan akhir akan dimuktamadkan MKT UMNO.

Kita tangguhkan mesyuarat (MKT UMNO) yang dijadual berlangsung malam Sabtu ini ke suatu tarikh yang akan diumumkan Setiausaha Agung parti. Mungkin perkara ini boleh dibawa ke mesyuarat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hari ini.

Semalam, Ketua Bahagian UMNO Besut, Datuk Nawi Mohamad, menyarankan

MKT menutup pintu rundingan dengan Pas, berkaitan hala tuju 27 kerusi Parlimen yang didakwa kritikal untuk menghadapi PRU-15.

Beliau berkata MKT perlu akur dengan kehendak ahli di peringkat akar umbi, yang memutuskan supaya tiada sebarang kerjasama dengan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kesediaan Pas menerusi Perikatan Nasional (PN) untuk berunding dalam menentukan hala tuju 27 kerusi Parlimen, yang dianggap kritikal bagi mengelakkan pertembungan membuktikan parti itu berada dalam keadaan terdesak.

Related posts

Leave a Comment